Wednesday, January 27, 2010

26.1.2010 : Jitra MTB/DH Park In The Making

Wow ada potensi!!. Trek ni saya jumpa waktu recce trail utk Kedah Jamboree. Lokasinya dari kebun getah kg. Keda Wang Tepus ikut trail Kedah Jamboree masuk ja trek balak terus ambik kanan lebih kurang 100m ja jumpa trail ni.
Mengikut perancangan, saya nak membuat onestop trail for MTB/DH sebab trail mtb boleh buat loop dan climb boleh tahan panjang. Apabila nak turun (DH) di kiri kanan trek ada hutan yg ada potensi untuk dibina single trail seperti di gambar atas.
First day gotong royong ni belia yg terlibat adalah : Lon, Wan, Ed, Man dan Cikgu Lutfi. Alangkah indahnya kalau anda dapat sama sama membanting tulang membina trail ni agar kita sama sama merasa kemanisannya dikemudian hari. Dengan adanya ramai sukarela juga dapat sama sama memberi idea.
Saya sangat berharap group dari Soobeng, Alias D Palas, Gerek Baru, Changlon, Alor Setar Street Bike dan sewaktu dengannya sama sama membantu sekiranya sudi.
Kami juga berharap DH anak Kedah yg berada diperantauan bila balik kg mai jengok trail ni dan memberi idea maklumlah kami ni buah cempedak diluar pagar...


Kesian kat Wan dok mencangkoi trek sorang sorang nanti bila siap pakat pakat mai lenjan. Kami yg lain dok menebas ranting dan kayu yg aral melintang.

Cikgu Lutfi semenjak balik dari Kiara semakin terangsang dengan idea trail ni dan dia sanggup mai sama menebas apa yang patut.

Wan gigih mencangkoi walaupun gerek tak komplete lagi semangat juang yg tinggi

Dah nampak lorong dah

Man dan Ed antara DH rider yang mai






Sunday, January 24, 2010

23.1.2010 : Nice DH Trail GUTS FIRST SKILL LATER

Setelah sekian lama teringin nak pakai DH bike alhamdulillah akhirnya tercapai. Norco ni dibeli complete bike untuk permulaan, target asal nak custom build Intense 951. Setelah di fikirkan masak masak lebih baik ambik gerek ni dan build up skill dulu baru build up bike.
Rupanya bila dok atas gerek DH ni otomatik confiden sebab travel panjang dan empuk.
Ni dia trail cun. Idea ni tercetus bila WanSX sms suruh tgk dlm Youtube : DH Puncak Janing. Setelah tgk terus terangsang dan arrange for recce. Bantuan Nasir Alor Setar Streetbike yg telah biasa mai trail ni banyak membantu.
Trail ni adalah trail DH waktu SUKMA 06 dulu so trail ni sedikit sebanyak telah dimamah usia dan menambah teknikal sebab banyak lurah air.
Panjang trail ni lebih kurang 2km ketinggian lebih kurang 1500ft. barulah mendatar selepas tu ada dh single trail sesuai utk mtb. Dengar gosip trail ni sampai UUM. Kami trekking trail ni 2km hampir 2 jam tapi klu dok tolak gerek 20kg rasanya mau 3jam tapi berbaloi.

Trail ni ready pada bila bila masa untuk di DHkan. Dengan bantuan belia harapan negara : Lon, Wan, Comels dan Nasir kami telah membuat sedikit clearing. Mungkin perlu disolek sedikit sebanyak dengan berm berm sebab drop akar dah banyak.

Nice single trail ....awas akar tu

Pandangan dari atas ke bawah. Naik atas batu kat tengah tu dan jump

Waduh banyaks sungguh bongolan batu macam Fort Wiliam klu Fort Minor ok lagi.

Aiya ya ya best wo

Single trail lagi

Comels melangkah dengan sopan kerana natural drop akar yg banyak. Fuh kena ada guts

Gnarlllllyyyy!!! choose yur line or let loose yur bike

Kiri kanan kiri kanan cepat gerak!! awww best nya

emmmmm sit pedaih... dah terangsang dah ni

Awwww. cantik sungguh drop akar ni atau betis Comels yg bunting padi beserta bulu roma yg bergerigis tu yg lebih mengancam? Insyaallah dengan kerjasama rakan rakan mtb dan DH dapat mencantikkan lagi trail ni. Majulah sukan DH dan MTB untuk negara INGAT!!! Belia Benci Dadah

Untuk permulaan ni sekadar helmet 661 Pro Bravo diharap dapat membantu.














22.1.2010 : Ldg Jati Dgn Kamarul & Zam

Antara yang hadir : Jamal, Kamarul, Alias, Cikgu Lutfi, Zam, Abg Ai, Lon


Hero Redflag dgn gerek hiend

Kamarul kau datang jua setelah lama ku nantikan

Antara climb yang berjaya di climbing

Zam juga tak kurang hebat dengan gerek Merida bau kedai lagi

Ish cantik trail ni klu pekena Norco

Zam berjaya climb one shot walaupun baru first time mai Jati ni.

Kamarul berjalan berpinpinan dgn gereknya, usaha tangga kejayaan.

Nice single trail

Last DH section yg laju tanpa dirancang Kamarul telah berjaya menjatuhkan dirinya dan akibat dari kejatuhan itu epidermisnya telah terdedah. Harap tak serik biasala asam garam naik gerek. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula gerek.










Wednesday, January 20, 2010

19.1.2010 : DH Wang Tepus, Jitra

Gerek DH Ed Norco A Line 08 mcm baru beli. Dulu waktu dia main xc pun gerek macam baru jugak pandai sungguh jaga gerek.

Alamak dressing tak kena jiwa xc dok kuat lagi. Terlupa crank ada bash guard klu tak boleh pakai Levis 501 baru kena

Ish pelik sungguh dahla pakai helmet tu...nak beli helmet pun dok berkira

ooo...ni yg dok kata DH kena tolak naik. Dah try kayuh naik tapi memang tak sesuai pasai seat rendah dahtu handle bar tinggi dan rapat.

Man naik gerek Kona Stinky

Ed sahabat lama ditemukan semula dalam genre DH . Hari ni WanSX jadi paparazi ja lagi jiwa kacau pasai kami dok planning nak recce trail DH SUKMA 06.






Monday, January 18, 2010

16.1.2010 : A Line In Kiara

Trip Kiara kali ni ada kelainan sikit pasai apa yg diidamkan telah tercapai....alhamdulillah. Saya telah memiliki DH bike Norco A Line. Sebelum ni dok tgk org DH dok kata depa berani rupanya gerek yg banyak membantu.
Walaupun ini kali pertama naik DH bike tapi imediately DH laju tanpa teragak agak sebab memang bike membantu. Empuknya bila terkena akar ......memang confiden. Ada beberapa drop dan jump yg berjaya walaupun first time. Saya juga telah memberi peluang Asry, WanSX, Comels, We ( anak Tn Fadzil Kroh ) mencuba DH bike ni dan semua kata konfiden DH. So apa tunggu lagi mai kita layan DH pulak.
Saya ingin memohon maaf atas kelewatan kami kepada team PUJMAC yg lama menunggu.


Bersedia nak DH tapi helmet tak kena. Takpa ada rezeki kita pakai fullface. Yg tak tahan bila nak climb jenuh tolak 20.6kg bike!. Gerek ni saya rasa boleh climb cuma dah seat rendah tu yg kayuh teruk sikit, bike ni ada propaddle.

Antara trail DH

Banyak batu yg tak jelas kelihatan dlm gambar ni. Klu pakai kamera Tandope mungkin nampak klea sikit.




15.1.2010: Taman Cabaran Putrajaya ( PCP )

Kayuhan kali ni disertai oleh Lon, Comels, WanSX, Cikgu Lutfi dan Zul Habibah. Yg tak dapat hadir tanpa sebab munasabah ialah Ravi dan Abg Jem. Saya salut pada Cikgu Lutfi yg berani mencuba trail disini tak macam depa yg lain bila kita mai depa kata awat tak ajak bila kita ajak awat depa tak mai.
Trail ni memberi pengalaman baru kat Cikgu yg cuba mengagahi melayan switchback. Kami mengambil kesempatan ini mengajar sikit sebanyak teknik switchback dan DH. Teknik ni boleh tgk dlm Youtube ( Bikeskill ).
Agak malang bagi comels yg tak dapat melayan nafsu sebab rantai dok lompat sirantai lompat. WanSX pulak bawak frame ja macam kuda kepang.

Comels, Cikgu Lutfi, WanSX dan Zul Habibah. Dah lama saya tak bersua muka dgn Zul ni. Pada pertemuan ini Zul membenarkan saya menyentuh "jenteranya" dan mengedjas bagi elok sikit maklumlah dah lama tak di"tungangi". Zul mengangkat "jenteranya" dan dengan rela hati membenarkan saya meletakkan minyak agar perjalanan lebih lancar. Setelah dititiskan minyak......... barulah rantai itu smooth sikit.

Waduh waduh .........tijah enak sekali

Cikgu Lutfi kernyeh (senyum) puas

Zul melambai dari jauh dan berjaya menjatuhkan tubuhnya tanpa dirancang. Akibat dari kejatuhan itu epidermisnya terdedah.

layan


Cikgu melayan switchback

nice trail

Lajunya Cikgu sampai kelabu gambar

Jersi Redflag dibuka untuk tempahan deposit RM 50. Bulu bulu roma tidak disertakan

Titian yg menghubungkan silaturrahim

Mai sini jadi macam budak budak.


Lan Tezi dan WanSX

Jeng jeng jeng...... beratnya 20.6kg

Ni dia kuda kepang Wan Specialized SX c/w Fox DHX5.0