Monday, November 29, 2010

27.11.2010 : Morewood Kwela - Fork DT Swiss XRC100 World Champion Edition

Dok bekenan lamadah kat fork DT Swiss ni pasai ringan dan tak pernah try product DT Swiss. Mula tu nak beli sayang pasai dok pakai SID World Cup XX pun kira dah sedarp tapi dah ada member nak beli so why not try a new one and have an actual review.
Fork ni carbon weight aprox 1.2kg termasuk remote lock ( cable ). Rebound adjustable
, reverse hollow arch. Total weight complete bike lani 8.43kg. Nak bagi komen takleh lagi belum try, lagipun bike ni cuma nak kayuh road ja. Stanchion fork ni rasanya 29mm ja kot.
Dah try kayuh comp XTR 2011, overall shifting lagi smooth dan cepat berbanding model lama, crank punya shifting smooth. Cuma crank FSA K Force Light yang pakai dulu jauh lebih smooth dari crank XTR mungkin nak kena upgrade BB kepada ceramic kot.

Wednesday, November 24, 2010

23.11.2010 : DH/FR Tmn Tunku Sarina, Jitra


Gambar kat atas saya sedang mengambil drop hampir 5 kaki. Trek ini baru ja di buat oleh geng Alor Setar Street Bike yang di kepalai Zam Jamis, Botak, WanBlitz, Wan junior dan banyaks lagi. Trek ini terletak dalam kawasan belakang padang golf Darulaman.
Panjang trek ni mungkin dalam 700m dan masih ada potensi untuk dipanjangkan lagi. Sehingga tarikh ini terdapat dua jump satu drop hampir 5 kaki dan satu jump melepasi parit jarak dlm 8 kaki.
Trek ini sesuai juga untuk xc/amtn dan insyaallah akan dibuat singletrack loop keliling bukit ni dan mungkin akan dikepalai oleh Kpt Jamal.
Geng ASSB ni rajin sunggoh tiap-tiap hari mai usahakan tanah yang terbiar ni menjadi satu tempat riadah terutamanya DH.

Saya selalu do cucok geng ASSB " ada ranking dlm MDHA series tapi negeri sendiri takdak trek" nampaknya racun ini telah berjaya.

Sedarph sunggoh fork Boxxer World Cup 2010 kena plak dengan fulface Urge ringan berangin angin keliling kelengkapan tudung kepala.

Banyaks lagi yang akan di buat di trek ni Zam Jamis dan Botak mengunakan pengalaman DH Race di banyak trek untuk diadaptasi di trek ni. Harap harap Darulaman Realty Sdn. Bhd. jadikan bukit ni kawasan hijau agar tidak dibangunkan dimasa terdekat.

Semua gambar ni diambil dari FB Azhar ( Art IKBN )

Anda dibenarkan menggunakan gambar saya untuk wallpaper phone atau desktop anda.

Seluar Troy Lee Design Grand Prix 2010






Monday, November 22, 2010

16.11.2010 : Cikgu Wan ( Atherton ) New Rig : Commencal Meta 5.5 2011

Cikgu Wan ni baru ja join geng Redflag. Bermula dgn hardtail Specialised lepastu upgrade to XTR. Bila dok masuk ofroad tak tahan dok dengar kami kata SEDARRP, SEDARRP lani diapun dah pakai fulsus Commencal Meta 5.5 model 2011 complete 10speed plaktu.

Bike ni spec dah hiend 10 spd. Brek Formula RX, Fox Float 160mm, Fox RP2, Crossride, E*Thirteen, Element straight handle bar ( capang ). Apalagi nak klu dpt mcm ni. Bila first masuk offroad pada hari Jumaat lepas baru dia mengerti maksud SEDARRP dan memahami apa yang kami katakan selama ini adalah benar belaka.
Sekarang dah ada 6 rider yang pakai fulsus antaranya :
1. Lon - Ellsworth Moment 150mm All Mtn/Light Freeride bike
2. Zaim - Banshee Rune 140mm All Mtn.
3. Jamal - Norco Fluid LT 2 160mm All Mtn
4. Zalmi - Norco Fluid LT 3 160mm All Mtn
5. Cikgu Fisol - Merida 120
6. Cikgu Wan - Commencal Meta 5.5 All Mtn.
7. A#%$* - ?
Anda bila lagi ? depa yang dah pakai dah start kata SEDARRP. Pakai fulsus bukan pasai DH laju. Pakai fulsus pasai nikmat sedarrp bila rasa suspension absorb trail walaupun ofroad flat.

1.11.2010 : Fort Red

Trail Fort Red ini adalah sebahagian dari trail Kedah Jamboree 2009 di kawasan trek balak. Walaubagaimanapun kami berjaya merecce trail baru yang terdiri dari DH rockgarden sepanjang 1.2km.
Trail ni biasanya kami mula di hadapan balai polis Wang Tepus kemudian masuk ke Kg Keda - Kg Kota Mengkuang - Trek Balak a.k.a Fort Red - Carok Langsat. Total distance adalah 14km ja. DH cuma 0.5km dan rockgarden 1.2km ja selebihnya kiler climb. Duration biasanya 3 jam untuk 14km ni.
Antara rider yang xcited ialah Cikgu Fisol dengan Merida 120 fulsus dengan setting baru i.e custom wset Flow/hope/dtswiss, handle sunline 745, helmet Urge Kenya Limited Edition. Turun pun dah semakin laju dan semakin cekap setting fork.
Ni dia sebahagian dari climb yang panjang atau DH yang panjang jika dibuat reverse. Trail ni kena standby air 2 botol.

Jumaat kayuh Ahad pun kayuh lagi.....obsessed. Antara rider : Lon, Jem ( buddy club ), Zalmi ( akan memecahkan terunanya pada 23hb. Nov. 2010 ) semoga Allah merahmati mempelai ini dan semoga Zalmi sentiasa "menang' dalam "pendakian" , Kpt Jamal,Din BSN,Lan EON,Fauzi dan AzharIKBN ( dlm proses transition to fulsus ).


Awww....waduss....stimnyyyaa. nak jatuh tak jatuh nak jatuh.....tapi tak jatuh, itu yang best bila DH kat rockgarden ni boleh rasa suspension sedang bekerja dgn tekun memastikan tuannya enak dan empuk. Jangan risau pasai yang hardtail pun boleh turun juga dahla pakai cleat...respect gua,