Thursday, May 5, 2011

30.4.2011 : PCP DH Msia DH Super Series #2

Ini merupakan race kedua yang saya masuk selepas Tokkun dlm kalendar Malaysian Downhill Super Series. Kedudukan di Tokun No 4 Kategori Master B ( 40thn + ), Putera Jaya Challenge Park no 7.


PCP merupakan race yg agak mencabar kerana trek pendek dan laju ditambah banyak org lama dalam kategori Master B antaranya Greg Larsen, Yam dll.


Semasa seeding ( saringan ) masa yg saya ambil 1m.29s itupun nyaris terjatuh bila missed padle on air. Waktu final run dpt 1m26s itupun masih ada minor missed padle. nampak gaya padle nak kena tukaq.


Kesimpulan prestasi rasanya laju di section DH tapi slow di kawasan paddling terutama di pump track. Maklum semenjak main DH ni dah kurang training kayuh malam mcm selalu dgn redflag.