Wednesday, April 29, 2009

24.4.2009 Meraikan Abg Ron & Cikgu Hafiz di Trail Jati, Perik

Awas Comelfz dgn baju Antu pakar short cut

Comelfz dah berjinak dgn lohan ( hub putih )

Abg Ron Trail Jati pantang diajak

Manjanya Abg Jem sampai sit post pun Abg Ai kena pasang

Ini dia gerek Cikgu Hafiz Corratec Super Bow. Sanggup mai dari jauh nak rasa trail Jati

Tu dia galang dua, race sedap ni

Super Bow, bentuk mcm busur panah

Hafiz tengah tengok apa tu..

Kat simpang ni Abg Ron terlajak ikut trail lama. Kami ikut trail baru.

Simpang kiri trail baru dijumpai Redflag. Simpang kanan trail biasa dilalui

Antara laluan trail baru

Short technical DH

Bro Daim baru balik dari Medan tak sabaq nak layan nasib baik cuaca ok

Trail baru. Ada simpang kanan tu belum pi explore lagi

Trail Baru

Cikgu Hafiz laju sungguh nasib baik baru first time mai klu tak sahih sayup tinggai kami. "Trail ni sesuai buat MTB Race ". Dalam perancangan.

Terapi Mata

















Tuesday, April 21, 2009

21.4.2009 Something New With My Scandal

Coming Soon Hope Floating 160mm Rotor. Current weight 8.72kg ( Disc Brakes )

Hope Pro II Made In UK. Enjoy the rattling

Custom Build In USA. Weight 1.48kg/pr



Sunday, April 12, 2009

12.4.2009 : Gerek Lohan @ Flower Horn di Redflag

Istilah Gerek Lohan ( Flower Horn ) sangat sinonim di team Redflag. Ia diambil bersempena dgn ikan Lohan yg terkenal dengan warna yg cantik, bentuk yg cantik, garang dan mahal. Maka istilah ni sesuai juga untuk gerek.

Untuk mendapat status Gerek Lohan mestilah ada perkara berikut:
1) Tema Warna : pilih warna yg digemari biasanya merah ( Lontruth, Ai, Jeff ), gold ( Jamal )
2) Groupset : pilih groupset yg sesuai jgn banyak sangat campur sebolehnya yg hiend.
3) Kebersihan : pastikan gerek sentiasa bersih dan dicuci lepas offroad.
4) Acsesory : pilih seat clamp, QR, skru/nut, hub, wheelset yg kena warna dan sedondon.
5) Jersey : juga kena match dengan warna tema.
6) Glove : mesti matching. Macam saya glove warna merah walaupun panaih tangan pasal tebal.
7) Storing : Gerek mesti dipark tepi meja makan utama pasai lepas makan nak kena belek layan
Fork SID Team baru pakai aprox 2mth dijual kepada Hafiz dan digantikan dengan Manitou R7MRD Absolute 1.3kg. Ringan punya pasal sanggup jual SID yg jauh lebih sedap.

Taya Maxxis Maxlite 285 ( actual weight 280g/no ) payah dapat dan harga aprox RM 220/no. Dipasang dengan inner tiub Maxxis Flyweight 95g/no RM 25-30/no. Ringan punya pasal.

Semua skru sebolehnya digantikan dengan titanium seperti skru caliper ni nak bagi ringan. Harga skru caliper $14/no, Rotor 6 bolt $12/no x 12bolt, skru shifter $ 5. Klu total semua save weight bnk jugak tapi kos beratus jugak.

Handle grip pun tukar kepada foam nak ringan RM 38/pr.

Ini dia terbaru gerek Abg Ai Redflag Giant Lohan Spec:
Frame : Giant XTC Team 17in
Groupset : XTR except crank & rotor
Crank : FSA K Force Carbon
Rotor : Hope Floating Rotor 160mm ( jelous ni ... takpa dah oder )
Fork : Sid Team 29mm
Wheelset : Token Rocket
Tayar : Maxxis Maxlite 310
Handle/stem : KCNC Scandium
Grip : SARS ( pasai ada rona merah )
Seat Post : KCNC Scandium
Saddle : Prologo Choice ( pasai rona merah )
Seat clamp : KCNC
Paddle : XTR cleat
Estimated weight : 9kg+
Meleleh tengok rotor ni

Lepas timbang lagi jiwa kacau. Weight 105g/no inc 6 bolt. Rotor only 90g. Takpa bolt tu boleh ganti pakai titanium harga $ 12/no x 12biji = RM 144 waduuuh baru nut saja.

Haa.... ni dia gerek baru Abg Jeff ( Jem ) Louis Garnieu Full Sus groupset SLX exc XT crank.
Dia tahan tengok orang lain pakai full sus. Lepas tu try kat Ladang Jati baru dia tau, dok ish...sedap....ish sedap.








Monday, March 23, 2009

18.3.2009 Kayuhan Rutin Malam Redflag Bersama Zul Marvelous Perda

Dah 2-3 kali Zul yg baru dikenali mention teringin nak join kayuhan malam. So hari Rabu mlm Khamis set utk kayuh. Redflag salut Zul yang sanggup mai jauh dari Perda ke Jitra ( aprox 130km ) utk kayuh dan berjuma kenalan baru.

Kayuhan malam tu disertai oleh Abg Jeff(Jem), Abg Ai, Lontruth, Din BSN, Epit, Jan, Kpt Jamal dan Zul. Kayuhan bermula 8.50pm dan tamat 10.15pm jarak 30km. Kayuhan melalui Tanah Merah-Bdr Darulaman-Wang Tepus-Caruk Langsat-Bukit Wang-Malau-Jitra.

Tahniah Zul lepas ni kita pi Guar Napai pulak 50km melalui bukit 3 beradik
Jan member baru dengan frame Vortex pulak

Epit, Jan, Abg Ai

Zul puoih kayuh keluaq peluh ketui ketui

Zul dok tengok taya Kenda Navegal Stick-E 26x2.1. Lepas ni kena pakai Schwalbe Furious Fred plak baru boleh ligan Abg Ai dgn Abg Jem




Tuesday, March 17, 2009

REDFLAG : KAYUHAN HADYAI

Perkara : Kayuhan Redflag : Bukit Kayu Hitam - Hadyai - Bukit Kayu Hitam
Tarikh : 20 - 21.3.09 ( Jumaat - Sabtu )
Masa : 7.30am Kompleks Bebas Cukai BKH.
Fees : Masing masing, Hotel aprox RM 25/pax

Aturcara :
20.3.09
7.30am : berkumpul di Kompleks Bebas Cukai selepas cop Border Pass.
8.00am : Menyorok di restoran pekena pulut sambal sedap.
8.30am : Mula kayuhan ke Hadyai jarak aprox 68km.
12 noon : Lunch di Restoran Tamrad Muslim pekena teh ais sedap dgn sup tulang kegemaran
Abg Jem.
1.00pm : Check in Hotel Florida ( yg bagi gerek masuk bilik )
Acara Bebas la lepas tu.....malam cari bundle Levis.

21.3.09
12noon : check out dan lunch
1.00pm: Kayuhan Balik dan singgah kedai gerek.
4.00pm: Makan di Danok dan acara bebas lagi.
6.00pm: Sirih Pulang Ke Gagang

Tuesday, March 10, 2009

8.3.2009 Kulim Hi Tec Jamboree

Nampaknya tahun ni bertali arus jamboree diadakan. Bila join jamboree ni shok boleh jumpa kenalan baru. Untuk jamboree ni Redflag diwakili oleh Abg Ai, Lontruth, Faizal@Comelfz, Lik, Lan, Jamal, Nasir, Zam, Man, Azizi dan adik.

Bertolak dari Alor Setar 4.30am dan breakfast di Kulim pukul 6am. Waktu breakfast jumpa dgn Munsyi and the geng yg tersesat cari KHT. Sampai di KHT pukul 7am kelam kabut jugak pasai tak ambik no plat lagi. Lepas psg no. plat terpacak pukul 7.30am dah start ( Janji Melayu Baru ). Waktu ni ramai dok psg gerek lagi pun ada.

Trail Jamboree ini antara terbaik yg disertai kerana banyak Long Climb dgn Long DH. Semua bukit berjaya climb kecuali first bukit pasai jammed. Waktu kayuh jumpa dgn Nizam SP, RamlySP, Said TRJ, Jamil SP, Pak Cik MailSP, Ari PerlisPP, Mail Tlk Intan, Cikgu Din SP ( laju dia takdan nak sembang pjg ) ramai lagi tak tertulis.

Terima kasih juga geng Assry dari Pujmac : Amir, Fizun, Bro Yusof dan Rostan yg sudi kunjungan balas. Lepas ni kita pi Jamboree Nibong Tebal pulak
Jamboree ini Elsworth Truth digunakan dengan Plat No 245

Assry Blogger Pujmac dan Bro Yusof ( Kulat ) wakil dari Pujmac. Terima Kasih sudi juga hadir

Subuh subuh dah ada geng yg tunggu kat starting line

Waktu jammed kat bukit pertama terserempak dengan Pak Mail SP dok senyum ja, malu kami yg junior ni ada yg dok sapu minyak macam macam

Jammed apalagi kena tolak la. Waktu ni jerembab dgn Abg Ramly SP dengan gerek kecohnya.

Terlepas peluang nak dapat title Raja Bukit

Pakat ambik nafas nak climb

Climb lagi. Trail jamboree best betoi semua climb panjang panjang

Bro I forgot to ask yur name and yur riding partner. Bro Comencal 5.5 and Orbea Occam

Hasil didikan Redflag Zalmi climb one shot ja

Amir Pujmac wui lu dasyat la tinggai habih geng kat belakang

Acara meranduk ayaq. Potong stim kasut basah. Nasib ayaq. Biaq kasut basah takpa jgn BB masuk ayaq

Berbaloi climb panjang pasai DH pun panjang jugak

Apala Assry dok cerita sampai Zul Marvelous Senyum. Thanks Zul skru titanium tu punya nak bagi ringan sebijik skru titanium dkt $14

Tengah DH shok shok terus sampai CP dpt pisang lega rasanya. Ada ayaq terjun kat sini

Long DH masa rehat ambik nafas

Long DH lagi, Rasa lega bila tengok trail ni. Kalau lewat sikit jenuh panaih lit lit

Belemoih habih gerek.