
Tuesday, March 23, 2010
Sunday, March 21, 2010
20.3.2010 : Burung Ciak Ciak
Veyrone melatu Norco tanpa batasan kemanusiaan, asyik dgn keempukannya. Sabtu 20.3.2010 adalah hari yg sangat dinantikan oleh Doha dan Veyrone umpama Uda dan Dara yg menantikan jawapan "sah" dan bersedia mengomoli bike park ini berulang kali.
Doha dok cucok Veyrone buat finance 20tahun dgn bank +_*&@#, sebulan RM 60+ja. Gerek dah relai utang tak habih lagi. Doha layan DH ja disebabkan kerosakan teknikal pada kasutnya maka jadilah dia seperti burung kiwi manakala Veyrone gila terbang bak burung Ciak Ciak.Jamal juga mai dgn membawa generasi selepasnya. Jamal berulang kali menolak racun yang saya cuba berikan kepadanya walaupun pelawaan saya itu berhemah. Jamal hanya melihat rakan rakan lain melanggah racun dengan senyuman.
Wan Blitz pula seperti Don Juan dah berapa banyak frame telah dinodainya, pakai 2-3 kali dah nak tukar baru. Terbaru Scott Nitrous 20 dia baru pakai sekali kat Bukit Cermin dah nak jual. Ambik Makulu atau Kalula baru hulala.
Wadus sedaps sungguhs. Budak kat belakang tu baru beli Kona xc bike perasan lepas ni kena racun jenuhla pak dia. Tapi takpa, pak dia pun sama naik jugak boleh share.
Sunday, March 7, 2010
6.3.2010 : Titi
Minggu ni kerahan tenaga tak ramai pasai banyak yg pi ke Bkt Cermin DH Race. Yg ada cuma Lon, Jamal,Cikgu Lutfi,Zam dan Tandope "The Paparazi". Gambar yg jelas ini dicilok dari Tandope.Tuesday, March 2, 2010
Bukit Wang Bike Park...awww
Kapt Jamal selaku mandur sedang melihat anak buah menyusun batu bagi menambahkan kenikmatan trail ni. Idea membuat trail di belakang Bkt Wang ni dipancutkan oleh Jamal yg acapkali trekking kawasan ni maka terbinalah trail yg seadanya.
Dari atas tight switchback ke kanan, klu terbabas pun tak pa pokok ada
Jamal menyusun batu dikawasan yg sempit lagi ketat ini.
Pandangan dari bawah keatas. Trail kawasan ni speed kurang tapi technical banyak ditambah kawasan ini berbatu.
Antara laluan yg baru dibuka dlm masa lebih kurang 1jam thanks to Alor Setar Street Bike Team.
Hasil sentuhan tangan Alor Setar Street Bike yg turut sama stim dgn idea Bike Park ni.
Wan Blitz sebagai model ramp lengkap berpakaian. Ketinggian ramp hampir sama dgn ketinggian bahagian uluran Wan. Lepasni dia layan Transition plak dahMonday, February 22, 2010
Bukit Cermin Pergi Bukit Wang Mendatang
6-7hb Mac ni bermulalah Bukit Cermin DH Race dan dengar gosip mengatakan inilah kali terakhir manusia dapat melihat trek yg cantik ini akan pupus buat selamanya. Walaupun dinosour telah pupus tapi kita masih boleh tgk fosil atau tulangnya tapi trek ni akan kekal dlm WEB. Siapalah kita nak melawan "establishment". Tumbangkan pokok, tarahkan bukit, kurangkan O2 demi kemajuan negara!!!!.Tujuan kami membina trek di Bukit Wang ni adalah teruja dgn binaan trek terutama di Lembah Klang terutama Kiara, PCP, FRIM dan Bkt Cermin ( belum try ). Selain tu dapatlah kami jimat budget takyah belanja banyak ke KL semata mata nak layan DH. maklumlah belanja travelling dlm Malaysia ni tinggi ( transport pergi balik Alor Setar-KL $ 400 ).
Di bahagian bawah trek ni ada kawasan yg almost flat so kami bercadang nak buat area utk Freeride seperti gambar diatas wakil Alor Setar Street Bike membuat ramp utk terbang bagaikan burung ciak rumah.Terdapat juga balak ( besar sungguh ) yg tumbang di kawasan ni so kami bercadang nak buat platform atas balak tersebut utk practice balancing technical sungguh ....alah macam dlm youtube tu la. Idea dah ada cuma lani masa untuk merealisasikan ja. Sapa sapa ada idea amat dialukan.
Antara trail yg telah dibersihkan perlu di cut slope
Selekoh ni boleh dibuat berm ala velodrome
Canteek
Art sama sama menghulurkan tenaga menjayakan trail ni
Pandangan dari bawah keatas banyak roots kat area ni....cun21.2.2010 : Sri Iskantar MTB Exploration
Kali ni tak bercadang pun nak ambil gambar pasai member lain punya kamera lagi sakan setakat pakai camera phone mana boleh celen dgn Adi dgn Tandop. Gambar diatas dicilok dari Adi.Sebenarnya dah lama saya tak kayuh xc rasanya dekat sebulan. Lani sibuk buat trek dgn main DH. Serba sedikit mengenai Jamboree ni :
Jarak : 50km xc/am
CP : 5
Start : 7.40am Finish 2pm ( paling lewat dlm sejarah hidupku )
Kami sampai Sri Iskandar dlm pukul 8pm terus pi ambil goodies tapi malangnya Jersey takdak.
Bermalam di rumah Cikgu Madzli di Manong, Terima Kasih kerana menyediakan penginapan dan dinner.
Jamboree kali ni saya boleh katakan berjaya kerana trek yg mencabar banyak climb. Water station mencukupi, 100plus pun ada malah buat pertama sekali apple diberikan ( rasanya sebijik pun dekat 80 sen ). Lepas makan epal tenaga melonjak tapi tak lama pasai climb banyak ditambah dengan cuaca yg panas.
Saya berpuashati dgn jamboree ni pasai trek mencabar, ayaq cukup cuma stamina saya sendiri yg kurang pasaitu habis 2pm atau mungkin distance lebih sesuai 40km ja. TERIMA KASIH PENGANJUR dan Cikgu Madzli
Wednesday, February 17, 2010
Bukit Wang Bike Park In The Making
Subscribe to:
Posts (Atom)

















