Sunday, February 7, 2010

8.2.2010 : I Believe I Can Fly

Gotong royong ini disertai oleh Lon,Wan,Ed,Man dan Cikgu Fisol. Tujuan kali ni adalah untuk memotong balak yang menghalang laluan. Jutaan terima kasih kepada Cikgu Fisol kerana sudi menghulurkan chainsaw yg memudahkan kerja.
Kami juga berjaya menyiapkan sebuah ramp ketinggian lebih kurang 2kaki untuk permulaan ni. Selepas ramp ni ada sedikit drop yg menambahkan adrenalin. Main DH ni shok rasa adrenalin rush.
Di kawasan Jitra ni tengah rancak membuat trail trail baru antaranya trail belakang Bkt. Wang dan belakang Trek Balak. Buat masa ni pembinaan rancak di trail Bkt Wang dimana jurutera yg terlibat ialah Jamal,Comels,Wan,Alias,Zaim,Cikgu Lutfi.

Macam biasa Norco A Line ni dah kena sentuhan upgrade antaranya crank Saint, RD Saint, Caset SLX, shifter Saint ( keras )

Crank Saint. Tak banyak bezapun dgn crank lama ( Truvatif Husselfelt ). Sebab DH ni pentingkan ketahanan berbanding XC yg pentingkan ringan dan smooth.

RD Saint

Wan dgn chainsaw

Memotong aral yg melintang

Cikgu Fisol bersusahpayah menghulurkan bantuan untuk komuniti DH

ED Baracuda memotong balak. ( dah reput....tumbang lamadah, nanti hempa ingat kami cilok plak )

Antara belia harapan bangsa

Kontraktor yg terlibat dalam pembinaan dressing macam nak berkebun

Aksi manja dari Wan dihujung ramp

Selepas ramp ni ada sedikit drop. waduhs sungguh technical

Wan dan Man sedang menguji ketahanan ramp