Monday, November 22, 2010

1.11.2010 : Fort Red

Trail Fort Red ini adalah sebahagian dari trail Kedah Jamboree 2009 di kawasan trek balak. Walaubagaimanapun kami berjaya merecce trail baru yang terdiri dari DH rockgarden sepanjang 1.2km.
Trail ni biasanya kami mula di hadapan balai polis Wang Tepus kemudian masuk ke Kg Keda - Kg Kota Mengkuang - Trek Balak a.k.a Fort Red - Carok Langsat. Total distance adalah 14km ja. DH cuma 0.5km dan rockgarden 1.2km ja selebihnya kiler climb. Duration biasanya 3 jam untuk 14km ni.
Antara rider yang xcited ialah Cikgu Fisol dengan Merida 120 fulsus dengan setting baru i.e custom wset Flow/hope/dtswiss, handle sunline 745, helmet Urge Kenya Limited Edition. Turun pun dah semakin laju dan semakin cekap setting fork.
Ni dia sebahagian dari climb yang panjang atau DH yang panjang jika dibuat reverse. Trail ni kena standby air 2 botol.

Jumaat kayuh Ahad pun kayuh lagi.....obsessed. Antara rider : Lon, Jem ( buddy club ), Zalmi ( akan memecahkan terunanya pada 23hb. Nov. 2010 ) semoga Allah merahmati mempelai ini dan semoga Zalmi sentiasa "menang' dalam "pendakian" , Kpt Jamal,Din BSN,Lan EON,Fauzi dan AzharIKBN ( dlm proses transition to fulsus ).


Awww....waduss....stimnyyyaa. nak jatuh tak jatuh nak jatuh.....tapi tak jatuh, itu yang best bila DH kat rockgarden ni boleh rasa suspension sedang bekerja dgn tekun memastikan tuannya enak dan empuk. Jangan risau pasai yang hardtail pun boleh turun juga dahla pakai cleat...respect gua,




Tuesday, September 28, 2010

27.9.2010 : Zalmi New Rig : Norco Fluid LT3 All Mountain

Ni dia rig baru Zalmi Norco Fluid LT 3 travel 160mm full suser. Fork Marzocchi Bomber55, Fox DHX Air 3.0, Avid Elixir R SL, Funn Fatboy, OTA Stem, Hope Seat Clamp etc.
Zalmi ni kira masih baru dalam Team Redflag Jitra baru join dalam tahun lepas mula dgn GT Avalanche 8 speed kot. Dok kena train 3 kali baru boleh naik Bkt Lenguh. Nampak gaya dia tak pernah rasa menyesal join dgn Redflag berbanding dulu dok kayuh sorang sorang di jalan ban. Sekarang ni bagitau ja Kiara, PCP dah dijamahnya.
Baru dalam 2-3bulan dia baru upgrade hardtail dari GT kepada Giant ATX Pro tup tup teruih ambik phu sarp all mountain...SEDARRP. Sekarang ni di Jitra dah banyak yg start pakai full suser antaranya : Lontruth Moment, Zaim Banshee Rune, Jamal Norco Fluid LT2, AzharPublicBnk Giant Anthem dan kini Zalmi Norco Fluid LT3. Geng Ah Huat pun banyak pakai full suser.
Dulu kalau sebut full sus semua orang kata berat, kayuh teruk...bla...bla tapi yg dok kata tu tak penah pakai pun ( tak baik tau gosip ). Tapi bila saya try pakai bila dok kayuh tak renti renti dok kata SEDARRP.....SEDARPP depa dok heran, lani Zaim, Jamal plak dok kata SEDARP. Pakai full sus is all about you and your bike enjoying every second on the trail
Zalmi ni klu jamboree selalu dia jadi partner rider saya, selalu dia dok follow kat belakang saya mana tahan tengok shox belakang Moment 6in dok buat kerja maka akhirnya rezekinya tiba dengan harga yg tak masuk akal walaupun barang second.
Sebagai pegawai bank Zalmi yg bertugas sebagai penghitung risiko mungkin dengan pembelian Norco ni tak mendatangkan sebarang risiko padanya. Risiko yg mungkin dia terlupa ambil kira ialah risiko upgrade yg tiada batas tata susila

Majulah Full Sus untuk Negara !

Monday, September 27, 2010

23.9.2010 : Ellsworth Moment With Hope Tech 2 Brakes

Dah lama dok bekenan dgn brake Hope ni mungkin terpengaruh pasai selalu dok baca MBUK sama kot. Brake lever Hope semuanya dibuat daripada kaedah CNC iaitu dari seketul aluminium dimesin/diukir menjadi sedemikian rupa. Lever boleh adjas reach dekat/jauh dan BPC iaitu bite point contact mcm kat Avid Elexir CR.
Hose hidrolik pula braided hose so dia punya feel stable under hard braking. Kebiasaanya kita akan merasa brek belakang lebih lembut berbanding brek depan jika hose getah biasa, ini disebabkan brek belakang lebih panjang bermakna lebih tenaga diperlukan untuk compres hidrolik dalam hose. Hose getah juga mungkin boleh sedikit mengembang bila tekanan tinggi hidrolik dlm hose. Dengan braided hose masalah ini sukar berlaku tapi berat la sikit.

Caliper belakang juga CNC dan datang dengan rotor 183mm floating. Sekiranya menggunakan caliper brake brand lain kebiasaanya rotor floating 183mm ini akan bergesel di bahagian rebet dgn caliper brek. Jika menggunakan complete set brek Hope ia datang dengan mount sendiri yg CNC masalah ini tak timbul.

Brek depan datang sekali dengan mount CNC untuk 183mm

Wadus



Thursday, September 23, 2010

22.9.2010 : Morewood Kwela New XTR 2011 Groupset

Barang gerek ni klu dok ikut jenuh macam handphone sat ja model baru keluar. Reason utama pakai groupset XTR 2011 ni saja nak try dan rasanya mungkin lama lagi XTR akan keluar model baru so berbaloi la beli awal.


Bila nak pasang benda baru Abg Ai diberi kepercayaan untuk menyentuhnya dengan gemalai dan setting juga elork dan sedarp.

Crank XTR 2011 ni bila kayuh nampak turbine TD05HH. Berat 770g macam model lama juga. Saya nak yg 2pieces tapi lani hanya 3 piece yg ada so pakai jugak la.

RD lain sikit dari model lama berat 175g ( 180g lama ).

Caset XTR 2011 10 speed 11-36 tgk dari luar nampak sama ja tapi belah dalam design mcm crank ( turbine ). Berat 275g ( 250g lama ).

Shifter 250g/pair nampak macam sama tapi feel lain lebih lembut dan precise. Belum cuba lagi nanti insyaallah akan beri review lagi





Bkt Kelubi Lepas Raya

Cikgu Fisol semenjak dilahirkan inilah kali pertama mencuba trail ni dengan berkat usaha yang gigih berjaya juga mengelimb ( climb ) section ni. Mungkin kalau dia pakai Intense Tracer atau Nomad boleh lebih lagi kot.

Art Titi Besi muka kering ja berbanding dengan cikgu kat belakang tu. Bukit ni climb dahla tinggi panjang pulak tu slope 14 deg klu ikut meter Cateye Adventure.

Hero Lon Moment of Truth memberi pose istimewa . ( Anda dibenarkan menggunakan gambar ini sebagai wallpaper atau digunakan sebagai billboard dipasang sepanjang hiway PLUS )

Geng NXT nampak trail single trail ni yg penuh dengan roots garden drops terangsang umpama membaca Mona Gersang.

Ni di Ladang Jati Perik yang telah lama tidak di session





Thursday, August 26, 2010

Gunung Jerai Nite Ride with NXT, Changloon,Redflag,ASSB, Sam Kaki Bukit

Waktu organised ride ni saya cuma sms ke beberapa potential rider ja tapi tak sangka Adi telah memanjangkan jemputan ni di laman sesawang, maka ramailah yg mai. Petang tu hujan renyai renyai sebelah Utara so Chan ada sms tanya pasai cuaca... sa reply Hujan pun on. Kami team Redflag klu dah arrange xtvt biasanya klu ujan pun on so senang takyah dok was was ...jadi ka dak.
Kayuhan naik Gunung Jerai waktu malam ni dah banyak kali buat. Disertai oleh geng Chan NXT, Adi, Alor Setar Street Bike dan nun jauh dari sempadan pun ada Sam Kaki Bukit.
Kayuhan bermula 10.51pm selepas solat sunat Terawih di surau kaki Gunung Jerai

Dari Kiri : Nasir, Azizul, Cikgu Fisol dan Madi BooRider

Nidia Art Titi Besi rider obsessed, bagitau ja kayuh malam offroad ka road ka semua ok.

Ish gelapnya Veyrone mengayuh

Tandop kayuh sakan pasai ciwik pakai cleat kot


Man Bank Rakyat

CP 1 Muzium

Berbaju merah tu hero sedondon dgn stokin

Chan sebagai sweeper pada malam tu. Belakang tu Naim remaja baru join Redflag first time kayuh naik Gunung Jerai

Melepak sakan di kawasan Muzium

Waktu turun telah berlaku adengan kejar mengejar antara Nasir, Veyrone, Man dan Lon dengan kelajuan mencecah 60km/h + dlm kepekatan malam.

Monday, August 23, 2010

23.8.2010 : To Get Position 300-500 Ride Like Me

Preparation Untuk Ride Kedah Jamboree 2010

1.0 Determined Yur Ride
Sila kenalpasti jenis dan tujuan anda berkayuh samada untuk enjoy the trail, race, atau untuk meningkatkan prestasi anda dengan menetapkan masa atau position waktu tamat. Jamboree adalah tempat berkumpulnya rider-rider dan saling mengenali disamping menghayati trail yang dihidangkan.
2.0 Determined Yur Skill
Sila tentukan keupayaan dari segi skill, teknik dan ketahanan anda. Perkara ini adalah subjektif. Anda boleh menilai diri anda dari kayuhan kayuhan sebelum ini jika dibandingkan dengan rakan-rakan lain. Anda tidak perlu memaksa diri anda just follow yur pace.
Adakah anda seorang XC rider ? Trail Rider ? All Mountain? Free Rider or DH ?. Adakah basikal anda sesuai untuk itu? adakah pakaian ( protection gears ) sesuai? dan adakah anda bersedia untuk itu ?
Apabila berkayuh; basikal, anda dan apa yang anda pakai sangat penting. Pastikan anda selesa dan semuanya dalam setting yg tip top.
3.0 Prepare Mental & Fizikal
Pastikan rehat secukupnya sebelum berkayuh kerana anda baru sahaja long driving & long chit chating. Kerana mental dan fizikal yang fit akan menentukan keupayaan anda di hari kayuhan dan memberi impak terhadap respon jika trail agak mencabar. Makan dan minum proper nutrient.
4.0 Hari Kayuhan
Just relax and enjoy chit chatting with yur fellow rider it's a jamboree not a race!. When flagg off just cruzing and follow yur own determined pace... it's a long ride.
5.0 Climb
Tengok trail bagi mengenalpasti keadaan trail, panjang trail, ketinggian trail. Take a deep breath and climb at yur own pace. Hear/feel yur body feedback i.e : degupan jantung, pernafasan yg semakin kalut, otot kaki & tangan yg mulai sakit. Apabila anda dapat merasakan feedback ini maka ada 2 cara :
a) Berhenti : berehat seketika bagi memastikan body anda kembali stabil dan kuatkan mental untuk menghabiskan kayuhan....yakin boleh.
b) Teruskan Kayuhan : slow down pace. Pastikan Mental anda kuat, stabilkan pernafasan do not over push yur legs.
6.0 DH
Evaluate the trail before full swing. Adakah DH tersebut sesuai untuk skill anda? dan basikal anda? Tengok ke bawah kenalpasti laluan/halangan, panjang trail, kecuraman sebelum memulakan DH ( Ingat World Champion pun recce dulu ! ).
Apabila memulakan DH pastikan anda tahu keupayaan anda dan kawal momentum kelajuan. Gunakan brek belakang/depan dgn baik dan pastikan tayar sentiasa rolling untuk maintain traction and control.
Pandang kehadapan dan badan anda akan mengawal basikal naturally. Sekiranya trail semakin curam/bahaya jangan gunakan brek untuk berhenti dengan serta merta kerana dengan momentum yang ada tidak mungkin berlaku dan anda mungkin flip terbang melepasi handle. Gunakan tekanan brek belakang/depan dengan wajar dengan memastikan tayar sentiasa rolling dengan cara ini anda boleh melepasi halangan tersebut Insyaallah.
Bersambung...

Sunday, August 15, 2010

15.8.2010 : Morewood Kwela Complete Bike 8.5kg

Ahhh dah siap pasang dah. Mulanya tak berapa consern dgn weight sebab dah biasa pakai bike ringan tapi bila pasang dpt juga aprox 8.5kg. Pakai gerek ringan sekadar kepuasan diri sendiri ja, dok masuk jamboree semanjang habih no 300-500 sebab nak enjoy trail. Bike mostly guna untuk kayuhan Mat Bunga ( MTB on road ).

Spec Morewood Kwela :
Frame : Morewood Kwela size S
Fork : Rockshox SID World Cup XX
Headset : Token
Stem : KCNC
Handle : Bontrager XXX carbon
Grip : Specialised Body Geometry
Shifter : XTR
Brake : KCNC
Rotor : Hope 163mm
FD : XTR
Crank : FSA K Force Light carbon c/w ceramic bb.
Caset : XTR
RD : XTR carbon.
Chain : XTR
Sit Post : KCNC
Sit clamp : KCNC
Saddle : Salle Italia SLR 125g
Wheelsets : ZTR Podium MMX ( 1200g/pair )
Tyre : Maxxis Maxlite 285
Inner Tube : Maxis 95g
Skru/nuts : Titanium
Paddle : Xpedo Titanium
Inner Cable : Jagwire teflon coated
Outer cable : Bengal ( shifter ) Jagwire ( brakes )


Baru ride sekali tak dapat feel lagi sebab dah lama tak ride hard tail.

Weight 8.535kg ada benda boleh peringan lagi ni.

Caliper brakes KCNC ni ada fin untuk mengurangkan panas seperti block enjin kapcai. Hub American Clasic smooth ever.

Brakes KCNC ni saja try so senang nak bagi fair review kot ada sapa sapa yg nak try juga.

Whelset ZTR Podium MMX ni 1200g/pair tapi klu buang rim strip dgn tubeless valve mungkin dapat dlm 1900++g/pair kot.

Rotor Hope lama digunakan semula manakala rotor KCNC akan dijual.










Monday, August 9, 2010

9.8.2010 : Mmmmm...Ahhh Moreeewood Kwela

Setelah sekian lama menggunakan OnOne Scandal yg sedarp kini masa untuk mengubah selera kpd satu jenama exotic yg jarang jarang kedengaran walaupun telah lama menempah nama di World Cup DH Championship.
Sebab utama hanya ingin mencuba sesuatu yg baru dan boleh memberi fair review kpd sapa sapa yg ingin memilikinya. Tetapi untuk memiliki jenama yg rare ni kena banyak bersabar pasai mengambil masa sedikit untuk mendapatkannya.
Morewood Kwela ni satu satunya hardtail dlm keluarga Morewood kerana Morewood lebih kepada Fullsuspension bike seperti Makulu, Kalula, nama dia pun slang Africa pasai berasal dari South Africa. Baca di www.morewoodbikes.com.

Kotak ni mai dari South Africa

Simple grafic. Square down tube.

Seat stay cantik welding tak nampak

Logo M for Morewood

Ni salah satu trail baru dijumpai hasil dari kerakusan Jem, Lon,Ai,Naim,Cikgu Fisol dan Tandorp. Trail ni trek balak mengelilingi bukit apa nama tak tau..best boleh kayuh DH pun panyangs. Untuk sampai ke trail balak ni kami menjumpai single trail yg agak panjang. Di sebabkan cuaca lembab salah seorang rider bertempiaran melarikan diri akibat serangan blood sucking parchart. Nasib baik dengan hormon testosteron yg tinggi kami menghabiskan juga recce hari tu dgn mendapat satu lagi koleksi trail di Jitra.

Ni dia Pengerusi Persatuan Pengayuh Mat Bunga. Memandangkan Morewood dah sampai maka saya juga akan berdaftar dgn persatuan ini. Persatuan ini menganjurkan kayuhan Mat Bunga diwaktu malam dan akan aktif seperti biasa di bulan Puasa ni cuma waktu kayuhan saja dilanjutkan.

Inilah sdr ArtIKBN yg paling aktif mengayuh. Dulu dia yg mula ajak naik Bkt Kelubi waktu malam walaupun saya sendiri agak kaget untuk naik Bkt Kelubi ni waktu mlm. Klu CP3, Jati atau ofroad lain waktu mlm tu ok tapi Bkt Kelubi?....tapi bila try sekali wadus best pemandangan yg indah dan cuaca yg dingin seolah berada di Habu ( Cameron Highland ).
Art ni DH Bkt Kelubi waktu mlm lajus sunggoh, walaupun saya dok cucok belakang bagi support lampu dgn Norco A Line DH fork Boxxer World Cup pun dok kata dlm hati lajus gila dia ni.

Ni dia hero Lontruth melompat di Tok Kun menggunakan Ellsworth Moment lengkap dgn phuphase Urge Down O Matic dan Rock Gardn body armour. Sedarp sungguh trail DH ni TAHNIAH kpd geng TokKun yg ikhlas membina such a lovely yet lively DH trail











Thursday, July 22, 2010

22.7.2010 : Jualan Gudang Toyota Fortuner 2.5G 2005

Kini masa untuk melepaskan jentera yg sinonim dgn MTB. Toyota Fortuner 2.5G tahun 2005 diesel. Cat masih asal belum pernah major accident cuma minor scratch tu biasala. Mileage 260K+ maklumlah selalu traveling utk jamboree.
Servis oleh Toyota Servis Alor Setar dan menggunakan minyak fully sintetik. Air filter guna K&N jenis open pod dan manual boost controler dan juga Hot Bits oil catch tank. ( spec macam Toyota Supra ). Player Alpine. Tinted Huper Optic Nano Ceramic lagi best dari V Cool yg sedang digunakan di Odyssey ( mai sekali keta )

Bank value RM 110K+ saya nak jual RM 105K nego. loan boleh sampai 95% kot. Klu sapa nak bagitau saya 019 4440839. Diesel tangki penuh aprox RM 100 boleh pi lebih kurang 670km.