Monday, February 2, 2009

29.1.2009 LONTRUTH & PUJMAC DI TMN CABARAN PUTRAJAYA

Kayuhan harini diatur setelah lama berchating dlm blog www.puncakjalilmountainbike.blogspot.com. dengan Assry ( blogger ). Gambar -gambar Taman Cabaran Putrajaya yg telah dipublishedkan sangat merangsang nafsu dan terperinci. So tarikh 29.1.2009 dipilih mengambil kesempatan di CNY so tak ramai orang waktu tu. Zul dari team Marvelous BM jugak sudi menemani walaupun baru sebulan aktif mtb.
Trail Background
Terletak di Precint 20 Putrajaya berhampiran kawasan perkuburan ( takpa semua akan merasa tempat ni ).
Di sini juga terletaknya Kompleks Sukan Lasak yg menyediakan tempat utk bmx, skate board, rock/wall climb. Nampak tempat ni properly design.
Terdapat 4-5 trail disini dari XC single track,DH,FR,4X semua boleh layan dan sesuai untuk hard tail atau full sus. Total lenght pada meter approx 10km itupun selepas 3-4kali layan setiap trail. Asalnya kawasan ni cuma ladang getah/kelapa sawit ja tapi design trail ni memang cun.