Tuesday, March 23, 2010

Sunday, March 21, 2010

20.3.2010 : Burung Ciak Ciak

Veyrone melatu Norco tanpa batasan kemanusiaan, asyik dgn keempukannya. Sabtu 20.3.2010 adalah hari yg sangat dinantikan oleh Doha dan Veyrone umpama Uda dan Dara yg menantikan jawapan "sah" dan bersedia mengomoli bike park ini berulang kali.


Doha dok cucok Veyrone buat finance 20tahun dgn bank +_*&@#, sebulan RM 60+ja. Gerek dah relai utang tak habih lagi. Doha layan DH ja disebabkan kerosakan teknikal pada kasutnya maka jadilah dia seperti burung kiwi manakala Veyrone gila terbang bak burung Ciak Ciak.
Jamal juga mai dgn membawa generasi selepasnya. Jamal berulang kali menolak racun yang saya cuba berikan kepadanya walaupun pelawaan saya itu berhemah. Jamal hanya melihat rakan rakan lain melanggah racun dengan senyuman.
Wan Blitz pula seperti Don Juan dah berapa banyak frame telah dinodainya, pakai 2-3 kali dah nak tukar baru. Terbaru Scott Nitrous 20 dia baru pakai sekali kat Bukit Cermin dah nak jual. Ambik Makulu atau Kalula baru hulala.
Wadus sedaps sungguhs. Budak kat belakang tu baru beli Kona xc bike perasan lepas ni kena racun jenuhla pak dia. Tapi takpa, pak dia pun sama naik jugak boleh share.

video

Sunday, March 7, 2010

6.3.2010 : Titi

Minggu ni kerahan tenaga tak ramai pasai banyak yg pi ke Bkt Cermin DH Race. Yg ada cuma Lon, Jamal,Cikgu Lutfi,Zam dan Tandope "The Paparazi". Gambar yg jelas ini dicilok dari Tandope.
First time mencuba jump ni tak cukup speed nasib baik sempat landing jugak. Lepas ni bila siap titi yg sedang dibina rasa boleh dapat cukup speed kot.

Sedapppp.

Kpt Jamal menjadi tukang kayu membina titi yg akan menghubungkan silaturrahim.


Hampir siap titi yg akan menghubungkan dua kawasan iaitu XC dan freeride. Platform atas balak untuk freeride juga akan dibina. Tandope kusyuk skodeng melalui SLRnya





Tuesday, March 2, 2010

Bukit Wang Bike Park...awww

Kapt Jamal selaku mandur sedang melihat anak buah menyusun batu bagi menambahkan kenikmatan trail ni. Idea membuat trail di belakang Bkt Wang ni dipancutkan oleh Jamal yg acapkali trekking kawasan ni maka terbinalah trail yg seadanya.


Dari atas tight switchback ke kanan, klu terbabas pun tak pa pokok ada

Jamal menyusun batu dikawasan yg sempit lagi ketat ini.

Pandangan dari bawah keatas. Trail kawasan ni speed kurang tapi technical banyak ditambah kawasan ini berbatu.

Antara laluan yg baru dibuka dlm masa lebih kurang 1jam thanks to Alor Setar Street Bike Team.

Hasil sentuhan tangan Alor Setar Street Bike yg turut sama stim dgn idea Bike Park ni.

Wan Blitz sebagai model ramp lengkap berpakaian. Ketinggian ramp hampir sama dgn ketinggian bahagian uluran Wan. Lepasni dia layan Transition plak dah

Wadus cantik sungguh balak besar yg tumbang ni akan dijadikan platform utk freeriding. Terdapat satu lagi balak yg tumbang selari di tepi balak ni so kami nak buat bridge antara dua balak ni .....eee macam macam nak buat menarik sungguh.

Kat area bawah ni jenuh lompat ada yg rendah ada yg tinggi ada yg drop.