Nampaknya tahun ni bertali arus jamboree diadakan. Bila join jamboree ni shok boleh jumpa kenalan baru. Untuk jamboree ni Redflag diwakili oleh Abg Ai, Lontruth, Faizal@Comelfz, Lik, Lan, Jamal, Nasir, Zam, Man, Azizi dan adik.
Bertolak dari Alor Setar 4.30am dan breakfast di Kulim pukul 6am. Waktu breakfast jumpa dgn Munsyi and the geng yg tersesat cari KHT. Sampai di KHT pukul 7am kelam kabut jugak pasai tak ambik no plat lagi. Lepas psg no. plat terpacak pukul 7.30am dah start ( Janji Melayu Baru ). Waktu ni ramai dok psg gerek lagi pun ada.
Trail Jamboree ini antara terbaik yg disertai kerana banyak Long Climb dgn Long DH. Semua bukit berjaya climb kecuali first bukit pasai jammed. Waktu kayuh jumpa dgn Nizam SP, RamlySP, Said TRJ, Jamil SP, Pak Cik MailSP, Ari PerlisPP, Mail Tlk Intan, Cikgu Din SP ( laju dia takdan nak sembang pjg ) ramai lagi tak tertulis.
Terima kasih juga geng Assry dari Pujmac : Amir, Fizun, Bro Yusof dan Rostan yg sudi kunjungan balas. Lepas ni kita pi Jamboree Nibong Tebal pulak