Sunday, June 28, 2009

26.6.2009 : Trail Balak - Redflag & Perlis MTB

Cikgu Man Perlis dengan gerek Giant XTC Team jaga sungguh gerek bersih macam baru. First time ride Trail Balak, kena first climb muka takleh senyum dah.

Pemandangan ke bawah dari 2nd climb terpacak dan panjang ( bukit ni la ). Sapa boleh climb one shot salut la bro. Laluan kiri straight terpacak. Laluan kanan Panjang sikit tapi jenuh jugak.

Abang Ron memilih laluan kanan. Tahniah habis jugak walaupun berenti ambik nafas.

3rd climb nampak mcm boleh climb tapi bila try dekat sampai puncak gerek kerja dok terangkat ja lebih baik turun daripada telentang. Abg Ai boleh climb dgn bantuan cleat.

Pemandangan dari jauh antara trail balak. Kena cukup fit untuk tawan trail ni

Long climb lagi ... takleh habih jugak. Trail ni jalan elok so yang mana fit garenti boleh punya.


Lagi pemandangan dari jauh antara laluan climb yang meruntun jiwa mencekang paha.

Abg Jem @ Jeff sempat posing atas balak

Pemandangan dari jauh Trail Balak. Trail ni distance aprox 19km, est time 2.5hr. Melalui Trail Balak-Kg. Keda-Carok Langsat, Wang Tepus Jitra. Kalau selalu training trail ni bukit lain takdak masalah