Sunday, September 27, 2009

25.9.2009 : Kayuhan Bkt Tampoi, Pokok Sena, Kedah.

Kayuhan harini mulanya janji 7.30am jumpa, so dok ingat pukul 8am boleh start kayuh. Tapi bila dok tunggu bila call rupanya 7.30am ada yg baru mangkit tidoq lepas tu nak menyorok ( breakfast ) lagi so 9am baru boleh start kayuh.

Rider harini ialah Wan a.k.a Blitz ( Navigator ), Lon, Comels, Tandop, Kapt Jamal, Zalmi saja yg sudi mai yg lain posa 6 kot.

Trek ni dah lama Soobeng dok ajak tapi selalunya Jumaat pagi, pasai tu tak dapat join pasai biasanya Redflag kayuh pulak Jumaat petang.

Trek ni kata Soobeng 25km dan telah dimarked. Disebabkan start lewat cuma 13km ja sempat kayuh. Trail ni 100% offroad kebun getah. Climbing tak tinggi cuma panjang-panjang so kena slow slow kampoi. DH panjang kebanyakkan single track.

Rupanya dlm kebun getah ni banyak lagi trail/denai single track DH yang belum diexplore. Saya sempat melayan DH single track ni tapi kena riki lagi bagi panjang.

Thanks to En. Soobeng kerana mempelawa trail ni dan menambah koleksi trail yg menarik di Kedah. Awat tulisan ni kemetet sangat.