Tuesday, September 28, 2010

27.9.2010 : Zalmi New Rig : Norco Fluid LT3 All Mountain

Ni dia rig baru Zalmi Norco Fluid LT 3 travel 160mm full suser. Fork Marzocchi Bomber55, Fox DHX Air 3.0, Avid Elixir R SL, Funn Fatboy, OTA Stem, Hope Seat Clamp etc.
Zalmi ni kira masih baru dalam Team Redflag Jitra baru join dalam tahun lepas mula dgn GT Avalanche 8 speed kot. Dok kena train 3 kali baru boleh naik Bkt Lenguh. Nampak gaya dia tak pernah rasa menyesal join dgn Redflag berbanding dulu dok kayuh sorang sorang di jalan ban. Sekarang ni bagitau ja Kiara, PCP dah dijamahnya.
Baru dalam 2-3bulan dia baru upgrade hardtail dari GT kepada Giant ATX Pro tup tup teruih ambik phu sarp all mountain...SEDARRP. Sekarang ni di Jitra dah banyak yg start pakai full suser antaranya : Lontruth Moment, Zaim Banshee Rune, Jamal Norco Fluid LT2, AzharPublicBnk Giant Anthem dan kini Zalmi Norco Fluid LT3. Geng Ah Huat pun banyak pakai full suser.
Dulu kalau sebut full sus semua orang kata berat, kayuh teruk...bla...bla tapi yg dok kata tu tak penah pakai pun ( tak baik tau gosip ). Tapi bila saya try pakai bila dok kayuh tak renti renti dok kata SEDARRP.....SEDARPP depa dok heran, lani Zaim, Jamal plak dok kata SEDARP. Pakai full sus is all about you and your bike enjoying every second on the trail
Zalmi ni klu jamboree selalu dia jadi partner rider saya, selalu dia dok follow kat belakang saya mana tahan tengok shox belakang Moment 6in dok buat kerja maka akhirnya rezekinya tiba dengan harga yg tak masuk akal walaupun barang second.
Sebagai pegawai bank Zalmi yg bertugas sebagai penghitung risiko mungkin dengan pembelian Norco ni tak mendatangkan sebarang risiko padanya. Risiko yg mungkin dia terlupa ambil kira ialah risiko upgrade yg tiada batas tata susila

Majulah Full Sus untuk Negara !

Monday, September 27, 2010

23.9.2010 : Ellsworth Moment With Hope Tech 2 Brakes

Dah lama dok bekenan dgn brake Hope ni mungkin terpengaruh pasai selalu dok baca MBUK sama kot. Brake lever Hope semuanya dibuat daripada kaedah CNC iaitu dari seketul aluminium dimesin/diukir menjadi sedemikian rupa. Lever boleh adjas reach dekat/jauh dan BPC iaitu bite point contact mcm kat Avid Elexir CR.
Hose hidrolik pula braided hose so dia punya feel stable under hard braking. Kebiasaanya kita akan merasa brek belakang lebih lembut berbanding brek depan jika hose getah biasa, ini disebabkan brek belakang lebih panjang bermakna lebih tenaga diperlukan untuk compres hidrolik dalam hose. Hose getah juga mungkin boleh sedikit mengembang bila tekanan tinggi hidrolik dlm hose. Dengan braided hose masalah ini sukar berlaku tapi berat la sikit.

Caliper belakang juga CNC dan datang dengan rotor 183mm floating. Sekiranya menggunakan caliper brake brand lain kebiasaanya rotor floating 183mm ini akan bergesel di bahagian rebet dgn caliper brek. Jika menggunakan complete set brek Hope ia datang dengan mount sendiri yg CNC masalah ini tak timbul.

Brek depan datang sekali dengan mount CNC untuk 183mm

Wadus



Thursday, September 23, 2010

22.9.2010 : Morewood Kwela New XTR 2011 Groupset

Barang gerek ni klu dok ikut jenuh macam handphone sat ja model baru keluar. Reason utama pakai groupset XTR 2011 ni saja nak try dan rasanya mungkin lama lagi XTR akan keluar model baru so berbaloi la beli awal.


Bila nak pasang benda baru Abg Ai diberi kepercayaan untuk menyentuhnya dengan gemalai dan setting juga elork dan sedarp.

Crank XTR 2011 ni bila kayuh nampak turbine TD05HH. Berat 770g macam model lama juga. Saya nak yg 2pieces tapi lani hanya 3 piece yg ada so pakai jugak la.

RD lain sikit dari model lama berat 175g ( 180g lama ).

Caset XTR 2011 10 speed 11-36 tgk dari luar nampak sama ja tapi belah dalam design mcm crank ( turbine ). Berat 275g ( 250g lama ).

Shifter 250g/pair nampak macam sama tapi feel lain lebih lembut dan precise. Belum cuba lagi nanti insyaallah akan beri review lagi





Bkt Kelubi Lepas Raya

Cikgu Fisol semenjak dilahirkan inilah kali pertama mencuba trail ni dengan berkat usaha yang gigih berjaya juga mengelimb ( climb ) section ni. Mungkin kalau dia pakai Intense Tracer atau Nomad boleh lebih lagi kot.

Art Titi Besi muka kering ja berbanding dengan cikgu kat belakang tu. Bukit ni climb dahla tinggi panjang pulak tu slope 14 deg klu ikut meter Cateye Adventure.

Hero Lon Moment of Truth memberi pose istimewa . ( Anda dibenarkan menggunakan gambar ini sebagai wallpaper atau digunakan sebagai billboard dipasang sepanjang hiway PLUS )

Geng NXT nampak trail single trail ni yg penuh dengan roots garden drops terangsang umpama membaca Mona Gersang.

Ni di Ladang Jati Perik yang telah lama tidak di session