Monday, September 27, 2010

23.9.2010 : Ellsworth Moment With Hope Tech 2 Brakes

Dah lama dok bekenan dgn brake Hope ni mungkin terpengaruh pasai selalu dok baca MBUK sama kot. Brake lever Hope semuanya dibuat daripada kaedah CNC iaitu dari seketul aluminium dimesin/diukir menjadi sedemikian rupa. Lever boleh adjas reach dekat/jauh dan BPC iaitu bite point contact mcm kat Avid Elexir CR.
Hose hidrolik pula braided hose so dia punya feel stable under hard braking. Kebiasaanya kita akan merasa brek belakang lebih lembut berbanding brek depan jika hose getah biasa, ini disebabkan brek belakang lebih panjang bermakna lebih tenaga diperlukan untuk compres hidrolik dalam hose. Hose getah juga mungkin boleh sedikit mengembang bila tekanan tinggi hidrolik dlm hose. Dengan braided hose masalah ini sukar berlaku tapi berat la sikit.

Caliper belakang juga CNC dan datang dengan rotor 183mm floating. Sekiranya menggunakan caliper brake brand lain kebiasaanya rotor floating 183mm ini akan bergesel di bahagian rebet dgn caliper brek. Jika menggunakan complete set brek Hope ia datang dengan mount sendiri yg CNC masalah ini tak timbul.

Brek depan datang sekali dengan mount CNC untuk 183mm

Wadus