Monday, July 2, 2012

2.7.2012 MTB :ISTIQAMAH

Dah lama tak update blog ni rasa terpanggil plak nak update hari ni sementara tunggu kereta Honda ODC diservis setelah lebih 20,000km tak servis. Dah lebih 4 tahun saya main MTB ni masih dikira baru berbanding dengan senior yg lebih lama main MTB ni.

Dalam tempoh ini terlalu banyak pengalaman yg di lalui, kalau dulu tak ramai kawan tapi lani dah banyak kawan dan alhamdulillah semuanya baik baik belaka.

Dalam tempoh ini juga telah banyak basikal MTB telah dirasai dan dinilai untuk panduan sendiri dan tak sangka pula ada yg sanggup menggunakan review saya sebagai panduan kerana review saya tu tiada kepentingan peribadi.

Dulu bermula dengan Scott Scale 70 standard hardtail upgrade sampai component hiend XTR. Pastu pakai frame On One Scandal, pastu pakai plak frame Morewood Kwela sampai weight 8.4kg.

Full Suspension

Ellsworth Truth travel 100mm fullsus adalah bike pertama. Dulu ingat cukup dgn travel 100mm tapi lama kelamaan bila basikal tu membantu build up skill maka travel 100mm dah tak cukup. Akan ada ketika bila sertai jamboree trek ganas kita rasa mampu tapi kemampuan basikal plak tak cukup maka perlu cari travel yg lebih panjang.

All Mountain 

Ellsworth Moment travel 150mm coil spring telah diupgrade dgn Titanium spring yg lebih progressif. Bila dah pakai all mountain (AM) ni senang sebab dia do-it-all-bike, dia boleh climb dan boleh DH. Bila pakai AM ni mental kena tune takleh kalut pasai ia lebih berkonsep ENJOY THE TRAIL.

Trail Building

Ramai antara kita main MTB setakat kayuh ja trek apa yg sediada. Dulu team Redflag Jitra trek rutin trek gas pipe, ladang Jati. Tiap tiap minggu dok ulang trek yg sama ada terdetik di hati cemuih trek yg sama. maka dari sini kami mulakan pencarian trek baru atau menokok tambah trek sediada antara senarai trek yg ada di Jitra :

1. Gas Pipe
2. Kota Mengkuang
3. Bukit Kelubi
4. CP3
5. Bkt wang - Ladang Jati
6. ladang Jati Perik
7. Trek Balak ( Kedah jamboree 2008 )

Namun trek trek tersebut diatas adalah trek sediada dimana kita cuma perlu pergi cari atau teroka dan sedikit kerja pembersihan perlu dilakukan.

Saya sangat teruja dgn trek Kiara kerana ianya one-off-a-kind. Kiara adalah satu satunya trek yg dibuat dgn tangan dgn trail yg sangat teknikal SALUT TO KIARA TRAIL BUILDER/MAINTENANCE TEAM. 

Tak ramai yg sanggup berkorban masa dan tenaga untuk membina trek. Mereka lebih suka ride ja trek yg dok ada setiap minggu. Saya bersyukur kerana ada rakan rakan seperti Zam Hamid, Kpt Jamal, Botak, WanBlitz, Yamm, Tempe, Abg Din, Fawaz, ASstreet Bike dan ramai lagi yg sanggup meluangkan masa dan tenaga tanpa ada ganjaran wang ringgit demi menyiapkan trek yg baik seperti Darulaman Bike Park ( Race Trek ), Trek Tangki, Bukit Wang.

Tahukah anda dengan membina trek juga merupakan senaman disamping kita dapat membina mengikut kehendak kita. Kepuasan bila buat trek ni ialah bila ramai yg menggunakan trek ni. Kami tak minta dihargai cuma minta bantuan anda untuk membina trek kita sendiri untuk kegunaan bersama.

MARILAH BERSAMA MENCUBA XTVT TERBARU : TRAIL BUILDING

Untuk yg ingin mencuba xtvt ini boleh call saya 012 5846288 Loan.

Monday, January 16, 2012

16.1.2012 MAJULAH FULL SUSPENSION UTK NEGARA

Kebelakangan ni semakin ramai rider yg mula mempertimbangkan untuk menggunakan Full Sus. Ini satu langkah yg bijak kerana pada masa ini pengeluar MTB ful sus telah merekabentuk geometri dan sistem suspension yg lebih praktikal.




Ikhlas saya mengakui mula meminati fulsas ketika pertama kali kayuh dgn geng TRM Perlis di Wang Panjang sekitar 2008 kot. Pada waktu tu saya menggunakan hard tail Scott Scale 70 tapi component dahpun hiend, tapi bila tgh tunggu tgk geng TRM mai antaranya Hj Nan dgn Ellsworth Truth (fs), Cikgu Zul aka Loso dgn Blur LT, ada yg mai dgn Giant NRS maka waduh teruja.






Geng TRM lebih senior dlm MTB dan lebih lama bermain MTB berbanding kebanyakkan team Redflag. Bila start DH di Wang Panjang ketika saya mencucuk geng TRM waduh tak tahan tgk ekoq depa lembut dok gedik patut laju saya tak leh ligan walaupun waktu tu dahpun pakai fork Fox RLC.






Sekembalinya kepangkuan keluarga jiwaku kacau ekor lembut diidamkan. Waktu tu dok was was ramai yg kata fulsas ni berat la, kayuh jenuh la...bla...bla




Alhamdulillah Setelah ada rezeki lebih bertekad nak beli fulsas. Antara checklist yg saya buat sebelum beli ialah ( mungkin anda boleh guna kaedah ni ) :



1. Harga



2. Buatan samada handmade in USA atau Taiwan



3. Maintenance i.e pivot samada sealed bearing, bushing ( perlu grease )



4. Sistem suspension i.e Four Bar Linkage, VPP, FSR, Maestro, Single Pivot. Setiap sistem ada



pro/kon dan feeling tersendiri tanya kepada yg dah biasa atau google.



5.Travel brpa sesuai 80-120mm XC, 120-160 Trail/Almtn, 180mm FR, 200mm DH



6. Spare parts.



7. Second hand value.



8. Finishes i.e powder coated ( mudah calar ) atau anodised ( tahan lama payah calar )



DLL Checklist yg difikirkan perlu. Anda boleh memberi point utk setiap checklist dan tgk frame apa yg dpt point terbanyak.









Ellsworth Truth




Setelah membuat pilihan maka rondaan ke kedai basikal ternama di sekitar KL dibuat. Setelah berbincang melalui talipon dgn wakil wakil TRM yg lebih arif dlm fs maka saya memilih Ellsworth Truth travel 100mm handmade in USA menggunakan sealed bearing ( free maintenance ), finishing anodised tahan lama payah calar, Four bar linkage ICT Instant Centre Traction, Fox RP23.



Pertama kali naik waduh menyesal kayuh teruk sikit berbanding hard tail. Setting serba tak kena, perlu banyak try and error setting air preasure, rebound dll. Tapi selepas lebih kurang 3 bulan baru dapat feel dan setting. Waktu tu tak ramai yg terfikir nak pakai fulsas.




Bila dah serasi dgn bike baru dapat rasa trek yg dulu turun slow sekarang dah boleh laju bukan kerana saya semakin berani tapi kerana bike yg banyak membantu. Tapi lama kelamaan skill bertambah dan trek yg kini laju dah rasa biasa dan kadang kadang terasa kemampuan skill kita boleh tapi bike pula yg rasa tak mampu...maka pada waktu ni baru terfikir travel 100mm dah tak memadai. Kalau dulu sewa bilik tapi bila kahwin kena ada rumah sendiri.




Ellsworth Moment






Ellsworth Moment dipilih kerana travel 150mm coil spring Fox DHX 5.0 utk All Mountain dan Light Freeride. Handmade in USA dan anodised.






Pertama kali ride bike ni di CP3 Jitra waduh lagi menyesal pasal coil spring lagi bobing berbanding air shox. Waktu climb rasa macam nak pitam namun alah bisa tegal biasa. Selepas 3-6 bulan barulah rasa ok. Tapi nak setting coil spring lagi rumit berbanding air shox kerana untuk nak adjas sag utk coil spring perlu menukar spring dan menambah kos. Kalau air shox cuma perlu tambah atau kurangkan presure shox lebih mudah utk fine tune.






Tapi bila dah pakai coil spring maka air shox bukan lagi pilihan kerana coil spring respon lagi cepat dan tahan lasak berbanding air shox yg mudah leaking. Kemudian saya menukar coil spring asal steel kepada titanium. Kelebihan spring titanium berbanding steel:






1. Ringan, kebiasaannya 200g-300g daripada steel bergantung saiz spring.



2. Spring titanium lebih progresif iaitu lagi cepat respon dan initial stroke lebih cepat.



3. Tapi spring titanium lebih mahal antara RM 600-RM 1000 bergantung saiz spring.






Coil spring ada di mark dgn kebiasaannya 400 x 2.80 iaitu untuk mudah paham 400 ialah kekuatan spring untuk tanggung berat rider dan 2.80 ialah panjang stroke spring. Maka bila nak tukar spring pastikan nilai stroke tak berubah.






Suspension terdiri dari shock absorber dan coil spring macam suspension kereta dimana :









1. Coil spring : tugasnya menangung beban rider, pakaian rider i.e helmet, beg, kasut dll maka berat rider sepatutnya mengambil kira semua faktor ini bukan setakat berat rider semata mata.






Sekiranya spring rate asal 400x 2.80 terasa lembut maka boleh tukar kepada 450x 2.80 ( google TF Tune Shox utk spring calculator ). Spring stroke 2.80 pula bermakna spring tersebut



akan fully compressed pada 2.8 inci shox stroke. Jika shox asal anda 2.80 tapi anda menukar



spring yg 3.0 maka shox absorber akan compressed dahulu sebelum spring compressed ini boleh merosakkan shox absorber.






2. Shox absorber : tugasnya macam absorber kereta iaitu mengawal pergerakan spring kalau



tidak bike kita akan bergoyang goyang ( bobing ) tak berhenti. Tapi yg uniknya shox basikal



kita boleh adjas rebound ( knob merah )atau compression ( knob biru ).






Dalam shox samada DHX coil, DHX Air atau Float RP 23 terdapat hidrolik dimana bila kita



adjas knob rebound/compression bermakna kita mengubah pergerakan hidrolik dalam



chamber shox. Kini terdapat sistem Double Barrel yg lebih baik utk mengawal hidrolik ini ( goggle Cane Creek Double Barrel utk keterangan teknikal ).






Panjang pergerakan shaft shox dipangil stroke dan diukur dalam inci seperti 2.80 bermakna



shaft shox akan habis compressed pada 2.80inc. Maka stroke spring dan shox hendaklah



seragam agar tahan lebih lama.






Istilah-Istilah :






Low Speed Compression : mengawal compression untuk begining stroke iaitu permulaan shox seperti mengawal brake dive, paddling, cornering, mengawal small bump. Mengetatkan LSC akan membantu padling tapi kayuhan lebih keras kerana akan terasa batu batu kecil.






High Speed Compression : mengawal ending stroke iaitu untuk jump, drops. mengetatkan HSC bermakna menambah rintangan dan memperlahankan pergerakan shox dihujung stroke apabila mengambil drops atau jump.






Low Speed Rebound : Mengawal tindakbalas balik shox selepas compression ( Shox tendang naik ) untuk awal stroke seperti brake, corner, paddling. Bila LSR terlalu laju kita akan merasa handle dan tangan kita bergetar cepat akibat rebound cepat, maka adjas agar lebih slow sesedap rasa.






High Speed Rebound : Mengawal tindakbalas lantunan balik shox selepas drops atau jump. Bila HSR terlalu laju kita akan merasakan kita seperti ditolak atau ditendang oleh bike maka perlahankan HSR.






Terdapat berbagai lagi adjustment pada shox dan ianya bergantung shox yg kita gunakan. Untuk shox yg hiend mungkin lagi banyak adjusment yg boleh dibuat. Ini adalah sekadar panduan dan setting adalah perkara personal dan tidak sama antara rider walaupun trek yg sama.






Kesimpulan






Ini adalah nukilan saya sekadar ilmu yg ada dan sekiranya ada persoalan bolehlah menghubungi saya 012 5846288 sekiranya saya boleh bantu dan sekiranya saya tidak boleh saya akan cuba mendapat penjelasan dari rakan lain yg lebih arif. Ini sekadar berkongsi ilmu