Monday, July 2, 2012

2.7.2012 MTB :ISTIQAMAH

Dah lama tak update blog ni rasa terpanggil plak nak update hari ni sementara tunggu kereta Honda ODC diservis setelah lebih 20,000km tak servis. Dah lebih 4 tahun saya main MTB ni masih dikira baru berbanding dengan senior yg lebih lama main MTB ni.

Dalam tempoh ini terlalu banyak pengalaman yg di lalui, kalau dulu tak ramai kawan tapi lani dah banyak kawan dan alhamdulillah semuanya baik baik belaka.

Dalam tempoh ini juga telah banyak basikal MTB telah dirasai dan dinilai untuk panduan sendiri dan tak sangka pula ada yg sanggup menggunakan review saya sebagai panduan kerana review saya tu tiada kepentingan peribadi.

Dulu bermula dengan Scott Scale 70 standard hardtail upgrade sampai component hiend XTR. Pastu pakai frame On One Scandal, pastu pakai plak frame Morewood Kwela sampai weight 8.4kg.

Full Suspension

Ellsworth Truth travel 100mm fullsus adalah bike pertama. Dulu ingat cukup dgn travel 100mm tapi lama kelamaan bila basikal tu membantu build up skill maka travel 100mm dah tak cukup. Akan ada ketika bila sertai jamboree trek ganas kita rasa mampu tapi kemampuan basikal plak tak cukup maka perlu cari travel yg lebih panjang.

All Mountain 

Ellsworth Moment travel 150mm coil spring telah diupgrade dgn Titanium spring yg lebih progressif. Bila dah pakai all mountain (AM) ni senang sebab dia do-it-all-bike, dia boleh climb dan boleh DH. Bila pakai AM ni mental kena tune takleh kalut pasai ia lebih berkonsep ENJOY THE TRAIL.

Trail Building

Ramai antara kita main MTB setakat kayuh ja trek apa yg sediada. Dulu team Redflag Jitra trek rutin trek gas pipe, ladang Jati. Tiap tiap minggu dok ulang trek yg sama ada terdetik di hati cemuih trek yg sama. maka dari sini kami mulakan pencarian trek baru atau menokok tambah trek sediada antara senarai trek yg ada di Jitra :

1. Gas Pipe
2. Kota Mengkuang
3. Bukit Kelubi
4. CP3
5. Bkt wang - Ladang Jati
6. ladang Jati Perik
7. Trek Balak ( Kedah jamboree 2008 )

Namun trek trek tersebut diatas adalah trek sediada dimana kita cuma perlu pergi cari atau teroka dan sedikit kerja pembersihan perlu dilakukan.

Saya sangat teruja dgn trek Kiara kerana ianya one-off-a-kind. Kiara adalah satu satunya trek yg dibuat dgn tangan dgn trail yg sangat teknikal SALUT TO KIARA TRAIL BUILDER/MAINTENANCE TEAM. 

Tak ramai yg sanggup berkorban masa dan tenaga untuk membina trek. Mereka lebih suka ride ja trek yg dok ada setiap minggu. Saya bersyukur kerana ada rakan rakan seperti Zam Hamid, Kpt Jamal, Botak, WanBlitz, Yamm, Tempe, Abg Din, Fawaz, ASstreet Bike dan ramai lagi yg sanggup meluangkan masa dan tenaga tanpa ada ganjaran wang ringgit demi menyiapkan trek yg baik seperti Darulaman Bike Park ( Race Trek ), Trek Tangki, Bukit Wang.

Tahukah anda dengan membina trek juga merupakan senaman disamping kita dapat membina mengikut kehendak kita. Kepuasan bila buat trek ni ialah bila ramai yg menggunakan trek ni. Kami tak minta dihargai cuma minta bantuan anda untuk membina trek kita sendiri untuk kegunaan bersama.

MARILAH BERSAMA MENCUBA XTVT TERBARU : TRAIL BUILDING

Untuk yg ingin mencuba xtvt ini boleh call saya 012 5846288 Loan.