Sunday, November 8, 2009

6.11.2009 : Kayuh Gasak Penang Dgn Soobeng

Kayuhan kali ni ilham dari Soobeng. Dia mempelawa saya join. 4.30am semua dah siap pungah gerek masuk bas. Trip mcm ni best jugak boleh rilek dlm bas. Tapi lagi ramai lagi berbaloi sebab kos sewa bas kena tong tong. Seramai 13 rider pada hari tu. Redflag diwakili oleh Lon dan Comels manakala lainnya geng Soobeng.
Last minit saya jugak rasa berat nak pi pasai letih pi kayuh di PCP balik hari plak tu masih aku terasa. Tapi disebabkan dah janji dgn Soobeng dan rasa nak try trail baru maka pi jugak akhirnya.

Bergambar bersama Man 96 Carbon dan Jet

Soobeng sambil kayuh dok pesan slow slow na jauh lagi

Nizam SP dah lama tak kayuh

Sampai kat kawasan kebun ni baru 3km climb tapi lagi teruk dari climb Gunung Jerai. Bukit ni lebih pacak dan panjang berbanding G Jerai. Tapi cuaca ujan renyai dan berkabus banyak membantu.

Setelah menunggu akhirnya Comels tiba jua dengan menunjukkan teknik climb sebelah tangan.

Laluan offroad climb single track. Cuaca macam kat Genting

Laluan licin susah jugak nak kayuh silap silap tertomos jatuh kat kebun bawah

Rakan seperkayuhan dengan kasut baru diselaputi kabus

DH sedap ni

Kebanyakkan trail hari ni climb track simen lebih licin berbanding tar. Bahaya waktu DH. Waktu climb pun banyak yg jatuh licin taya spin tanpa batasan.

Cikgu Fisol kayuh jugak harini dah sembuh retak rusuk waktu BM Jamboree.

Menarik dan nyaman climb dengan dihiburkan dengan desiran air terjun menambah halwa telinga. Tengok track simen tu licin dan berlumut tak kena gaya boleh tergeleceh

Climbing lagi

Ni rupanya Air Itam Dam

Phu Sarp digunakan harini dok ingat banyak offroad

Sampai kedai Soobeng lebih kurang 5pm kena pungah balik gerek