Wow ada potensi!!. Trek ni saya jumpa waktu recce trail utk Kedah Jamboree. Lokasinya dari kebun getah kg. Keda Wang Tepus ikut trail Kedah Jamboree masuk ja trek balak terus ambik kanan lebih kurang 100m ja jumpa trail ni.
Mengikut perancangan, saya nak membuat onestop trail for MTB/DH sebab trail mtb boleh buat loop dan climb boleh tahan panjang. Apabila nak turun (DH) di kiri kanan trek ada hutan yg ada potensi untuk dibina single trail seperti di gambar atas.
First day gotong royong ni belia yg terlibat adalah : Lon, Wan, Ed, Man dan Cikgu Lutfi. Alangkah indahnya kalau anda dapat sama sama membanting tulang membina trail ni agar kita sama sama merasa kemanisannya dikemudian hari. Dengan adanya ramai sukarela juga dapat sama sama memberi idea.
Saya sangat berharap group dari Soobeng, Alias D Palas, Gerek Baru, Changlon, Alor Setar Street Bike dan sewaktu dengannya sama sama membantu sekiranya sudi.
Kami juga berharap DH anak Kedah yg berada diperantauan bila balik kg mai jengok trail ni dan memberi idea maklumlah kami ni buah cempedak diluar pagar...