Wednesday, January 27, 2010

26.1.2010 : Jitra MTB/DH Park In The Making

Wow ada potensi!!. Trek ni saya jumpa waktu recce trail utk Kedah Jamboree. Lokasinya dari kebun getah kg. Keda Wang Tepus ikut trail Kedah Jamboree masuk ja trek balak terus ambik kanan lebih kurang 100m ja jumpa trail ni.
Mengikut perancangan, saya nak membuat onestop trail for MTB/DH sebab trail mtb boleh buat loop dan climb boleh tahan panjang. Apabila nak turun (DH) di kiri kanan trek ada hutan yg ada potensi untuk dibina single trail seperti di gambar atas.
First day gotong royong ni belia yg terlibat adalah : Lon, Wan, Ed, Man dan Cikgu Lutfi. Alangkah indahnya kalau anda dapat sama sama membanting tulang membina trail ni agar kita sama sama merasa kemanisannya dikemudian hari. Dengan adanya ramai sukarela juga dapat sama sama memberi idea.
Saya sangat berharap group dari Soobeng, Alias D Palas, Gerek Baru, Changlon, Alor Setar Street Bike dan sewaktu dengannya sama sama membantu sekiranya sudi.
Kami juga berharap DH anak Kedah yg berada diperantauan bila balik kg mai jengok trail ni dan memberi idea maklumlah kami ni buah cempedak diluar pagar...


Kesian kat Wan dok mencangkoi trek sorang sorang nanti bila siap pakat pakat mai lenjan. Kami yg lain dok menebas ranting dan kayu yg aral melintang.

Cikgu Lutfi semenjak balik dari Kiara semakin terangsang dengan idea trail ni dan dia sanggup mai sama menebas apa yang patut.

Wan gigih mencangkoi walaupun gerek tak komplete lagi semangat juang yg tinggi

Dah nampak lorong dah

Man dan Ed antara DH rider yang mai