Tuesday, February 2, 2010

30.1.2010 : First Run DH Puncak Janing

Test run DH hari ni disertai oleh : Lon, Man Kona, Ed, Nasir dan Doha. Manakala sahabat handai yg sudi mai bagi support ialah Mr & Mrs Comels, Adi & Famili, Wan Blitz & famili, Tandop, Yus ( KSAH 88 ), Wan.
Jutaan terimakasih kepada Adi, Wan dan Comels yg menyediakan nutrien kpd kami pagi tu. Tujuan diadakan test run ni adalah bagi mengenalpasti race line dan seterusnya menentukan solekan berm atau jump yg patut diadakan.
Dari pengalaman saya yg baru berjinak dalam DH trail ni sangat techical sebab single track, curam, terlalu banyak rock garden dan akar. Disebabkan trek ni dah lama ditinggalkan maka telah berlaku banyak hakisan dan memerlukan tahap konsentrasi rider yg tinggi.
Trail ni sepanjang 2.3km maknanya kena tolak sepanjang tu lah!. Tapi bila DH waduh berbaloi. Mata scan trail biarkan bike do the rest.

Yus sahabat lama dari KSAH 88 first time try DH nampak mcm dah pro. DH ni sempoi pasai boleh pakai ikut suka tapi kena ada fullface. Pada permulaan DH saya telah terjatuh akibat handle tersangkut kpd akar tali yg menjalar. Kepala terhantuk kuat atas batu nasib baik pakai full padding dgn full face. 3 hari kepala dok pening, nasib baik lepas buat brain scan di KMC tiada apa kece dara an berlaku...alhamdulillah.

Lon, Tandop ,(membelakangi) Nasir,Adi sedang menjamah nutrien dan Doha wakil dari Pauh.

Taklimat ringkas tentang trail diberikan kepada rider supaya lebih bersedia dgn trail

Nasir wakil dari Alor Setar Street Bike

Bersusah susah dahulu berDH kemudian. Thanks Adi for the plotting

Gnarly rockgarden

Choose yur line

Another rock garden

Nice

Doha sedang scan jalan yg benar kerana banyak aral yg melintang di track ni

Baru first run.... lepas ni tambah speed lagi

Nice trail

Nasir walaupun hardtail turun laju bukan main

Doha lengkap dgn padding dgn fullface

Single track canopy

Waduh.... enaks sungguh naik DH bike layan drop tak rasapun ...obsessed. Kalini dressing complete baru ngam. Dah start upgrade dah... crank Saint, RD Saint, Shifter Saint, Casset SLX, Handle bar Funn Fatboy.
Dengan lajunya menerjun dari drop....waduh orgasm

Nasir dgn Santa Cruz Karma Cameleon ( Culture Club ). Walaupun hard tail tapi tuan kelaku mengalahkan kami yg naik full sus berani sungguh.
Man Kona first run melilau, second time perfect

Ed Baracuda mencuba drop diperhatikan oleh jurulatih wol kap Comels yang sedang tekun menilai teknik yg sedang ditunjukkan oleh Ed, Wan sebagai paparazi