DH kali hanya saya dan Man Comencal Supreme DH ja sebab hari ni adalah hari bekerja. Man ni budak Alor Setar tapi hijrah ke KL dulu geng Redflag. Dia antara rider terawal pakai full sus bike ( Jamis Dakar ) dlm Redflag.
DH kali saya lengkap dengan body armour Rock Gardn i.e dada, bahu,siku,lengan,belakang dan pinggang so kira komprehensif jugak safety. Trek ni masuk kali kedua saya DH dan masih gundah gulana bila DH pasai trek ni terlalu banyak gnarly rock garden. Walaupun trek ni 2.3km DH section last waktu DH lebih kurang 300m last yg paling bahaya kerana single track sempit, banyak akar ditambah bekas alur taya scrambler.
Pada section ni tanpa dirancang saya telah berjaya menjatuhkan diri kedalam parit sedalam lebih kurang 4 kaki nasib baik pakai armour ni... worth it!. Biasala main DH inilah risikonya, main XC pun jatuh jugak.
Pandangan dari belakang body armour macam naik superbike. Kalau terguling macam tenggiling Body armour ni berat jugak so bila waktu climb tu sengsara sapa yg tau.
Memecut laju bagi mendapatkan momentum jump. Teknik zaman bmx digunakan