Monday, February 22, 2010

21.2.2010 : Sri Iskantar MTB Exploration


Kali ni tak bercadang pun nak ambil gambar pasai member lain punya kamera lagi sakan setakat pakai camera phone mana boleh celen dgn Adi dgn Tandop. Gambar diatas dicilok dari Adi.
Sebenarnya dah lama saya tak kayuh xc rasanya dekat sebulan. Lani sibuk buat trek dgn main DH. Serba sedikit mengenai Jamboree ni :
Jarak : 50km xc/am
CP : 5
Start : 7.40am Finish 2pm ( paling lewat dlm sejarah hidupku )
Kami sampai Sri Iskandar dlm pukul 8pm terus pi ambil goodies tapi malangnya Jersey takdak.
Bermalam di rumah Cikgu Madzli di Manong, Terima Kasih kerana menyediakan penginapan dan dinner.
Jamboree kali ni saya boleh katakan berjaya kerana trek yg mencabar banyak climb. Water station mencukupi, 100plus pun ada malah buat pertama sekali apple diberikan ( rasanya sebijik pun dekat 80 sen ). Lepas makan epal tenaga melonjak tapi tak lama pasai climb banyak ditambah dengan cuaca yg panas.
Saya berpuashati dgn jamboree ni pasai trek mencabar, ayaq cukup cuma stamina saya sendiri yg kurang pasaitu habis 2pm atau mungkin distance lebih sesuai 40km ja. TERIMA KASIH PENGANJUR dan Cikgu Madzli