Monday, February 22, 2010

Bukit Cermin Pergi Bukit Wang Mendatang

6-7hb Mac ni bermulalah Bukit Cermin DH Race dan dengar gosip mengatakan inilah kali terakhir manusia dapat melihat trek yg cantik ini akan pupus buat selamanya. Walaupun dinosour telah pupus tapi kita masih boleh tgk fosil atau tulangnya tapi trek ni akan kekal dlm WEB. Siapalah kita nak melawan "establishment". Tumbangkan pokok, tarahkan bukit, kurangkan O2 demi kemajuan negara!!!!.
Tujuan kami membina trek di Bukit Wang ni adalah teruja dgn binaan trek terutama di Lembah Klang terutama Kiara, PCP, FRIM dan Bkt Cermin ( belum try ). Selain tu dapatlah kami jimat budget takyah belanja banyak ke KL semata mata nak layan DH. maklumlah belanja travelling dlm Malaysia ni tinggi ( transport pergi balik Alor Setar-KL $ 400 ).

Di bahagian bawah trek ni ada kawasan yg almost flat so kami bercadang nak buat area utk Freeride seperti gambar diatas wakil Alor Setar Street Bike membuat ramp utk terbang bagaikan burung ciak rumah.
Terdapat juga balak ( besar sungguh ) yg tumbang di kawasan ni so kami bercadang nak buat platform atas balak tersebut utk practice balancing technical sungguh ....alah macam dlm youtube tu la. Idea dah ada cuma lani masa untuk merealisasikan ja. Sapa sapa ada idea amat dialukan.


Antara trail yg telah dibersihkan perlu di cut slope

Selekoh ni boleh dibuat berm ala velodrome

Canteek

Art sama sama menghulurkan tenaga menjayakan trail ni


Pandangan dari bawah keatas banyak roots kat area ni....cun

Drop akar banyak macam tangga. Di hujung bawah tu belok kekiri pukul 10 terus junam banyak drop akar fuh laju celah pokok.

Pandangan dekat.



Pandangan dari bawah keatas banyak drop akar

Pandangan dari atas ke bawah ( Art selaku model ) junam laju terus celah pokok

Ni dia .....jangan buang, best ni

Dihujung trail yg laju ni boleh buat ramp terbang across parit besar ....wow hulala

Very tight... just to maintain the tree

Akar nala punya besar dibiarkan sebagai drop. sebelah kiri tu untuk chicken run. ( gambar diambil dari bawah )

Drop ni lebih kurang 2kaki disebabkan selepas drop ni tanah slop turun menyebabkan landing mencapai 10-15 kaki.....wow hulala