Sunday, April 11, 2010

9.4.2010 : Deep Penetration In CP3 With NXT

Inilah maskot pada malam ni tapi dlm dok pesan suruh bawa phu sarp dia bawak hat tail jugak.
Tak sangka xtvt mlm ni dapat sambutan panas seramai 24 rider antaranya dari NXT, Redflag,KBS?,GerekBaru?,AliasBikeShop,Changloon?,PPP?,dan Alor Setar.
Ramai yg dok tanya jadika kayuh nampak mcm nak ujan? Saya jawab ujan pun kami on minima 3rider. Senang klu buat macamni pasai dah tau lani musim hujan...it's all about mental and determination. Thanks to Sdr PudinTTG http://saifudin-mtb.blogspot.com/ yang nampaknya istiqamah dlm genre ni yg turut sama menghebahkan xtvt ni.
Thanks juga kepada Chan yg idea awal kayuhan ni terpacul dari mulutnya yg pada mulanya dicadangkan Ldg Jati. Disebabkan Ladang Jati kebanyakkan rider termasuk dari NXT sendiri biasa rasa, maka CP3 dipilih.
Zalmi ( pegawai bank ) susah payah beli helmet baru kenjoi balik dari Perda pasai nak rasa balasan nikmat CP3 malam. Diharap rider rider lebih berdisiplin datang pada waktu yang ditentukan melainkan ada hal lain yg tak boleh di bunny hop kan.

Acong? aku kaget melihat kelibatmu. Kau satu satunya makhluk yg dibuat dari tanah yg datang dari Changlon.... salut. Nasir kat belakang tu angkat tangan mungkin nak tanya soalan atau nak jawab soalan kot.

Kpt Nasrul Merida menggunakan lampu Knog 2led umpama seorang pilot cuba mendaratkan Boeng 747 dengan berbekalkan tourch light sahaja. Lain kali kena pakai lampu China worth it murah tapi terang.


Asmadi Boo Rider mengapit AzharIKBN ( dia geng balun keliling Perlis/Kedah ) dan Nasir bukan bin Bilal Khan homosapien mewakili Alor Setar Street Bike.

Putra ada call saya sebelum kayuh tapi kelibat nya tiada malam tu...kena tanya Pawang Rabu ( dilakonkan oleh arwah Din Beramboi dlm cerita "Kelibat" ... AL Fatihah kepada rohnya kerana dia pernah mengembirakan hati saya semoga Allah mengampunkannya).

Persimpangan menanti kehadiran Alias dan Cikgu. Waktu ni all eyes on Spinergy

Azam PPP membelakangi Kpt Nasrul yg kayuh dlm kesamaran menyebabkan retina matanya bekerja lebih

Ni dia saudara Art rider yg istiqamah pantang ajak kayuh siang/malam dia on ja

Acong hang tunjuk gambar ni kat Mat Salleh sahih depa kata ada bayang"hantu"

Aik, depa ni baru perasan dari awal sampai dlm hutan masih tak berenggang

Zalmi santai ja nampak

Gelap sungguh jalan dihadapan, nasib baik masa hadapan kami cerah dan dijalan yang benar. Pagi sebelum kayuhan saya, Jamal dan WanBlitz? telah mengelear ( kata asal "clear" ) trail macam nak buat jamboree. tempat yg bahaya telah di tanda dan dibuang bongolan batu yg mungkin membahayakan rider waktu DH single trail ni.

Ini antara DH single trail yg dihidangkan dengan rock garden panjang. Waktu ni lah jubog saya di cucok oleh Man dan Veyrone laju sungguh depa ni melambung lambung layan rock garden. Waktu Kedah Jamboree dulu kawasan ni kena climb tapi kami buat reverse.
Kalau hempa nak mai lain bagitau notis 2 hari kami bagi panjang lagi trail.


Pakat dok berimpun poih DH tadi ada yang jatuh ditempat yg tak sepatutnya itulah kelainan offroad malam. Trail CP3 ni memang technical sebab climb panjang dan berbatu kena pandai balance dan DH juga berbatu kena lepas brek...point and shoot..let yur bike do the rest!! I'm telling you the Truth dude.

Alias DH macam siang kerana retina dan bebola matanya masih dalam keadaan baik

Fuhhh layan DH tepi teres ni ada dawai kawat plak tu. Aik sapa tu kanan sekali nampak macam lampu Hayabusa ja.

Yup ..you see it right...its a single trail

ArtIKBN melihat kemaskulinan Nasir, manakala Nasir pula segan silu menyedari dirinya dilihat sedemikian rupa.

Acong mengeross ( kata asal "cross" ) anak sungai dengan sopan, langkah diatur dengan sempurna.

AzamPPP? dok jiwa kacau nak cari Cateye Triple Shot. Klu tak jumpa jugak hang tambat tiga ekoq kucing atas hendel hang pun kira Cateye jugak.

Veyrone cekak pinggang manakala Chan dengan Xyclone Disc
HABIH





















Tuesday, April 6, 2010

2.4.2010 : Basah Di Petang Jumaat

Sejak kebelakangan ini xtvt yang dibuat oleh Redflag alhamdulillah bertambah sambutan. Kebiasaannya kalau lebih dari 3 rider pun kira ramai. Kali ni kami ikut trail yg dah lama kami tinggalkan iaitu trail Kebun Durian Norsiah-Gas pipe-Tmn Tunku Sarina-Wang Tepus-Kg Keda.

Antara Rider : Jem, Ai,Lon,Jamal,Ravi,Din BSN, Art & anaknya, Abg Man Elektrik, Zam Belia dan tetamu dari Perlis MTB Abg Ron dan sahabat dari Bangi Abg Fauzi.

Permulaan kayuhan cuaca agak panas tapi bila sampai ke kawasan Kg. Keda Wang Tepus hujan telah turun menyebabkan kami basah di petang Jumaat tu.

Art dgn anaknya comited dan istiqamah dlm kayuhan

Abg Ron dan Abg Fauzi

Nampak langit nak hujan singgah beli 100 Plus. Kayuh depan sikit ja hujan pun turun menambahkan keberahian kayuhan.


Jamal tahan teksi


Abg Ron mengeross anak sungai

Abg Fauzi Bangi mencuba mengeross untuk mendapatkan momentum untuk naik semula keseberang.








Thursday, April 1, 2010

31.3.2010 : 18 Biji Telur

Tak sangka sebanyak 18 biji telur yang mewakili 9 homosapien maskulin yang berani menyahut cabaran pada malam ni. Inipun disebabkan penganjuran dibantu oleh sdr PudinTTG http://saifudin-mtb.blogspot.com/, klu 100% dianjur oleh Redflag sahih tak lebih 6 biji ja.
Antara biji bijian telur dari kiri : PudinTTG, Alias Bike Shop, Jamal, Azhar IKBN,Cikgu Lufti,Jem,Senu, Zaim dan Lontruth. Walaupun trail ni semua dah biasa tapi bila kayuh malam ni suasana berbeza dgn adrenalin pumping waktu dh.
Kesemua kami under estimate trail disebabkan malam kot, semua bawa ayaq sikit ja. Disebabkan tiada hujan dan tiada angin maka kami kehausan umpama unta dipadang pasir yang ditinggalkan tuannya tanpa seutas benang.

Start start ja group Alias,Zaim,Cikgu Lufti dan Senu terus kenjoi macam siang. Mungkin retina mereka berfungsi dgn baik. Alias pulak dahla lampu takdak tapi dh laju jenuh saya dok cucok juboq dia, mungkin dia ada mata kumpuan kot.

Sampai kat salah satu kawasan persinggahan pakat tercunggap cunggap macam baru diligan oleh laki orang.

Art, kau datang jua mengotakan janjimu padaku tempoh hari. Sdr PudinTTG pulak membuktikan kelenjar peluhnya masih berfungsi dgn baik. Malam ni kami buat full loop macam siang. Lepas ni dia kena ajak bagi ramai pasai offroad malam mmg stim.

Gelapnya jalan dihadapan, nasib baik masa hadapan saya cerah

Ku sangka kelip kelip rupanya Sdr PudinTTG yang Jem sentiasa berada dibelakangnya mengasuh dengan kasih sayang.
Next week insyaallah Kayuh Offroad Malam di CP3. Sila rujuk http://saifudin-mtb.blogspot.com/ untuk keterangan lanjut.

WE GOT GUTS & NUTS ! ...AND WE NUTS ABOUT IT.