Tuesday, April 6, 2010

2.4.2010 : Basah Di Petang Jumaat

Sejak kebelakangan ini xtvt yang dibuat oleh Redflag alhamdulillah bertambah sambutan. Kebiasaannya kalau lebih dari 3 rider pun kira ramai. Kali ni kami ikut trail yg dah lama kami tinggalkan iaitu trail Kebun Durian Norsiah-Gas pipe-Tmn Tunku Sarina-Wang Tepus-Kg Keda.

Antara Rider : Jem, Ai,Lon,Jamal,Ravi,Din BSN, Art & anaknya, Abg Man Elektrik, Zam Belia dan tetamu dari Perlis MTB Abg Ron dan sahabat dari Bangi Abg Fauzi.

Permulaan kayuhan cuaca agak panas tapi bila sampai ke kawasan Kg. Keda Wang Tepus hujan telah turun menyebabkan kami basah di petang Jumaat tu.

Art dgn anaknya comited dan istiqamah dlm kayuhan

Abg Ron dan Abg Fauzi

Nampak langit nak hujan singgah beli 100 Plus. Kayuh depan sikit ja hujan pun turun menambahkan keberahian kayuhan.


Jamal tahan teksi


Abg Ron mengeross anak sungai

Abg Fauzi Bangi mencuba mengeross untuk mendapatkan momentum untuk naik semula keseberang.