Thursday, April 1, 2010

31.3.2010 : 18 Biji Telur

Tak sangka sebanyak 18 biji telur yang mewakili 9 homosapien maskulin yang berani menyahut cabaran pada malam ni. Inipun disebabkan penganjuran dibantu oleh sdr PudinTTG http://saifudin-mtb.blogspot.com/, klu 100% dianjur oleh Redflag sahih tak lebih 6 biji ja.
Antara biji bijian telur dari kiri : PudinTTG, Alias Bike Shop, Jamal, Azhar IKBN,Cikgu Lufti,Jem,Senu, Zaim dan Lontruth. Walaupun trail ni semua dah biasa tapi bila kayuh malam ni suasana berbeza dgn adrenalin pumping waktu dh.
Kesemua kami under estimate trail disebabkan malam kot, semua bawa ayaq sikit ja. Disebabkan tiada hujan dan tiada angin maka kami kehausan umpama unta dipadang pasir yang ditinggalkan tuannya tanpa seutas benang.

Start start ja group Alias,Zaim,Cikgu Lufti dan Senu terus kenjoi macam siang. Mungkin retina mereka berfungsi dgn baik. Alias pulak dahla lampu takdak tapi dh laju jenuh saya dok cucok juboq dia, mungkin dia ada mata kumpuan kot.

Sampai kat salah satu kawasan persinggahan pakat tercunggap cunggap macam baru diligan oleh laki orang.

Art, kau datang jua mengotakan janjimu padaku tempoh hari. Sdr PudinTTG pulak membuktikan kelenjar peluhnya masih berfungsi dgn baik. Malam ni kami buat full loop macam siang. Lepas ni dia kena ajak bagi ramai pasai offroad malam mmg stim.

Gelapnya jalan dihadapan, nasib baik masa hadapan saya cerah

Ku sangka kelip kelip rupanya Sdr PudinTTG yang Jem sentiasa berada dibelakangnya mengasuh dengan kasih sayang.
Next week insyaallah Kayuh Offroad Malam di CP3. Sila rujuk http://saifudin-mtb.blogspot.com/ untuk keterangan lanjut.

WE GOT GUTS & NUTS ! ...AND WE NUTS ABOUT IT.