Thursday, July 22, 2010

22.7.2010 : Jualan Gudang Toyota Fortuner 2.5G 2005

Kini masa untuk melepaskan jentera yg sinonim dgn MTB. Toyota Fortuner 2.5G tahun 2005 diesel. Cat masih asal belum pernah major accident cuma minor scratch tu biasala. Mileage 260K+ maklumlah selalu traveling utk jamboree.
Servis oleh Toyota Servis Alor Setar dan menggunakan minyak fully sintetik. Air filter guna K&N jenis open pod dan manual boost controler dan juga Hot Bits oil catch tank. ( spec macam Toyota Supra ). Player Alpine. Tinted Huper Optic Nano Ceramic lagi best dari V Cool yg sedang digunakan di Odyssey ( mai sekali keta )

Bank value RM 110K+ saya nak jual RM 105K nego. loan boleh sampai 95% kot. Klu sapa nak bagitau saya 019 4440839. Diesel tangki penuh aprox RM 100 boleh pi lebih kurang 670km.


17.7.2010 : Habuan Thomson Trail Di Habu

Kini giliran ODC ni pulak menabur bakti menjunjung mtb di batu jemala patik
Oleh kerana gerek hattail tak kunjung tiba maka Ellsworth Moment travel 6in di hentam oleh budak remaja ini. Memperagakan baju Fox baru dihadapan pintu gerbang Giant biru di pekan Habu hari tu hari Sabtu bukan hari Rabu.

Pon dengan generasi sebelumnya yg masih gagah pace sama macam saya. Pon telah menyuburkan budaya chicken run dengan berpaut erat di lori bawa teh meninggalkan kami terpinga pinga. Ayahnya masih steady mangayuh dengan rentak personal pace. Saya telah berjaya mengcramp di kawasan Ladang Teh Boh nasib baik ada Hamba Allah yg sudi menghulurkan minyak panas.

Tok Megat sedang memberi kuliah pagi. Tahniah kepada Tok Megat, Mizi dan Danish Event Management yg telah menganjurkan event ini secara sederhana tapi meriah. Paling best ayaq lengkong saya hentam sampai 3 mangkok siap suruh depa tambah lengkong macam minta nasi tambah sedarp sunggoh lengkong tu

Lepas DH panjang berkilometrico maka sampailah di kampung Orang Asli ( kita orang tiruan? ). Waktu DH wadus sedarp sunggoh hentam Moment silap line pun ok dia berjaya menjalankan kerjanya dengan menyerap hentakan.

Wadus wadus tijah panjang bangat climb ni, nyanyi lagu The Climb oleh Miley Cyrus 10 kali pun tak habih lagi climb ni.

Strong loyalty we give our king for friendship we would like to bring,
We march along with stretch and will to help our country win,
bla bla..... KSAH alma matter. KSAH 88 punya geng sahih ingat lagi lirik lagu kolej ni.
Geng Cyclenorth ni semanjang ada. Baju sama gerek pun sama. Persatuan Coratec

Tandorp walaupun bebarn yg digalas namun pace hang sama macam aku jugak. Mungkin aku membebarnkan diriku sendiri. Adi, Man dan Tandorp training utk kayuhan Sabahan. Thanks to Man yg telah menghulurkan nutrient qurma dan sumi jelly.

Di kawasan kampung Orang Asli sayapun orang asli juga bukan tiruan

Nice breast taking view


Ladang Teh Bharat pekena teh cardamon.

nuts about tits

Mat Diskang

Mat Bunga

Mat aaaa.... Jem pekena ais krim Avalanche RM 9 penuh dengan strawberi


















Thursday, July 15, 2010

13.7.2010 : DH Bkt Kelubi Jitra Waktu Malam ?

XTVT ni telah diatur oleh saya setelah beberapa kali di "urge" oleh ArtIKBN. Walaupun kayuh offroad mlm dah jadi rutin tapi bila pikiaq trail Bkt Kelubi ni kena fikir 2 kali. Trail ni adalah trail baru yg merupakan bukit yg baru diteroka. Masuk ja terus kena climb aprox 3km. XTVT mlm ni tujuan untuk menghirup udara nyaman di atas Bkt Kelubi.
Malam ni saya membawa Norco A Line DH pasai dok tau dah klu bawa gerek apapun tetap kena tolak, baik hentam gerek DH ni. Moment dah dibasuh sayang nak bawak nak simpan kayuh di Thomson Trail.
Tak sangka bila sampai ditempat yg telah dijanjikan rupanya ramai lagi budak budak lelaki lain yg ingin turut sama mandi peluh. Antara budak budak lelaki tersebut dari kiri : Jem, Pudin, Art Titi Besi, Art IKBN, Jamal, ZanGerekBaru,ArtPublicBnk dan Lon.

ArtPublicBnk ghairah pasai ini adalah malam pertama dia akan menggomoli Giant Anthem phusarp. Saya juga dengan rela hati menbenarkan Pudin dan Zan merasa balasan nikmat tubuh Norco dan tergambar diwajah mereka rasa nikmat bila tubuh mereka dan basikal itu disatukan.

Bacaan doa dibaca oleh sdr Pudin pasai budak budak lain lebih tera baca doa makan dgn doa mandi junub

Jem malam ni prestasi menurun dan premature. Acapkali dia menolak gerek mungkin "partner"nya Ai tak mai kot. Badannya juga nampak lebih berisi "chubby" tapi bukan maskulin.


Sdr Pudin kayuh sakan diwaktu malam berbanding waktu petang mungkin.... Art Titi besi dengan tekun dan usaha tangga kejayaan menyusul dari belakang.

Sekilas pandang orang didarat dah tahu inilah Kpt Jamal. Kpt Jamal merupakan teman sepertolakan gerek saya pada malam tu. Melalui trail yg banyaks batu.

Bila sampai dipuncak semua teruja melihat pemandangan yg indah umpama melihat klip video terbaru Ariel Peterpan. Angin yg dingin sepoi sepoi bahasa menambahkan ke"horny"ian malam. Alangkah lebih gembira jika ada kopi kampung dgn roti benggali cicah dgn gulai waktu tu.
Mungkin xtvt lepas ni boleh ditambah dgn acara makan/minum di tambah pula petikan gitar kapok dgn lagu Mentari Merah Diufuk Timur dendangan Abg Jem.

Fuh best. Kalau Tandop mai lagi best pasai kamera dia mahai baru nampak clear lampu neon kat bawah tu.

Semuanya sedang berkhayal

Setelah selesai xtvt kami minum kat gerai sambil cerita pasai "orbs" dimana sdr Pudin sebagai moderator. ( Nasib baik waktu balik buka radio IKIMFM ada bacaan Al Quran )
TAMATLAH RIWAYAT KESAN DEGIL



Tuesday, July 13, 2010

13.7.2010 : Moment : Shimano XT 10 Speed

Alahai gila gerek lagi teruk dari gila kereta, lohan, arowana. Setahun ja macam macam produk baru keluar, yg barang dulupun dok elok lagi dah nak try barang baru plak. Terbaru Ellsworth Moment telah digantikan groupset SLX kepada XT 10 speed. Kot kot senang sikit nak climb sambil nyanyi lagu The Climb oleh Miley Cyrus.

Groupset ni dibeli dari kedai Sam Kaki Bukit, Perlis nun jauh dekat sempadan Peninsular Malaysia. Saya menggunakan Azhar IKBN sebagai navigator untuk sampai kesini dan jalan yg ditunjuk juga adalah jalan yg benar.

Groupset XT 10 speed ni mendapat sentuhan Abg Ai Redflag yg tekun dan usaha tangga kejayaan dalam pemasangan menatang ni. Groupset ni kalau ditengok sekali imbas tiada beza dgn model XT terdahulu. Tapi kalau di belek betoi baru nampak beza selain adanya sticker DYNA-SYS, chainring ada banyak groove baru utk melicinkan kemasukan gear ( fahamkan? ).

Yang dok tergedik gedik nak pasang ni pasai nak try kayuh di Thomson Trail Cameron Highland insyaallah 10.7.2010 ni. Memandangkan Morewood Kwela hardtail belum kunjung tiba mungkin sibuk dgn world cup di South Africa kot memandangkan Morewood berasal dari sini. So terpaksalah menghentam Thomson Trail dgn Ellsworth Moment dgn taya Kenda Navegal 2.10. Usaha Tangga Kejayaan.



Monday, July 12, 2010

11.7.2010 : Mandi Peluh Bersama Jitra/Perlis MTB Di Bkt Kelubi - CP3

Setelah saya mengumpankan racun kepada sdr Veyron utk try trail baru ni, Veyrone tanpa fikir panjang telah menerima racun tersebut dgn girang dan diajak groupnya yg lain sama sama merasa racun tersebut. Seramai 24 remaja yang hadir majoriti dari Perlis. Majlis dimulakan dgn santapan roti canai dan teh tarik typical Malaysian Rider.

Disebabkan tahap kesukaran pendakian menafikan graviti trail ni nama nama remaja yg berjaya sampai dipuncak tidak akan didedahkan untuk menjauhkan riak. Untuk sampai ke puncak beberapa kaedah telah dikenalpasti antaranya kayuh dan tolak melawan graviti sejauh 3km.

Kesemua remaja tersebut telah mandi peluh bersama dan menampak ciri kemaskulinan masing masing dan mungkin ada yang horny.



Warm up session. dok change gear nak rabat bukit dah ni.

Azhar IKBN menjadi navigator kayuhan kali ni pasai dia kayuh sungguh. Saya terpaksa bawa Norco A Line DH bike pasai gerek lain tak ready groupset takdak. Lagipun saja nak try fork Boxxer World Cup dan training untuk Kiara Banshee DH race 24-25.7.2010 ni insyaallah.

Bukit yg pertama ja ramai yg dah kecundang ( premature ) mungkin tenaga dalaman banyak digunakan untuk mencernakan roti canai tadi dan pankreas belum convert roti canai tadi menjadi tenaga.

Selekoh ke 3 pun dah lencun. Qayyum dan Lan EON telah pulang kepangkal jalan yg benar sebelum berakhir kayuhan ini.

Ni bukit yg berapa pun tak tau la. Climb climb climb nampak puncak la ada lagi climb climb nampak puncak la ada lagi

Sampai di puncak acara meracun diadakan. Sham dengan rela membiarkan dirinya diracuni dengan keempukan DH bike dgn memakai helmet fulface halimunan.

Ini tempat bermulanya DH panjang aprox 3km. Dihujung tu selekoh kanan dan terus junam DH waduh adrenalin rush. Ramai yg berjaya DH kalini tapi terpaksa stop beberapa tempat untuk tunggu rider lain kat belakang untuk tujuan keselamatan. Lain kali mungkin boleh turun DH one shot insyaallah.
HABIH...MAI LA GI ( saya membenarkan anda mengunakan cerpen ini sebagai "bedtime story"untuk diceritakan kepada anak anda atau untuk diceritakan kepada isteri anda untuk memudahkan proses peniduran.










Wednesday, July 7, 2010

7.7.2010 : URGE - Endur O Matic

Ni dia bahan terbaru dari Urge Bike Product dari kiri Urge Down O Matic dan Urge Endur O Matic. Helmet DH tu yg bekenan pasai ringan dan grafik menarik. Insyaallah akan digunakan di Banshee Kiara DH Race 24-25.7.2010 ni.


Inilah helmet terbaru yg belum ditest di trail mungkin Jumaat ni kot. Helmet ni untuk Trail/All Mountain. Ringan grafik yg menarik cover yg banyak di bahagian belakang for extra protection.

Ada lubang exaust for inhale and exhale belum try so tak tau funcion lagi

Cover depan patent boleh flex klu terjatuh harap tak perlu uji menatang ni

Helmet ni dah try kat Tokkun lepas kayuhan Batu Kawan. Puas hati sebab ringan dan sedarp pakai berangin angin keliling kelengkapan tudong kepala, ibu mengendong anaknya, kekamar rumah sesuai bila kenduri dipakai, pelikat burok dielak bertinggong koyak ( dibaca mengikut lengok lagu kain pelikat nyanyian Anuar Zain dan Alina )
SILA SKROLL KE ATAS UNTUK ULANG BACA




Sunday, July 4, 2010

4.7.2010 : Breast Taking Trail In Jitra

Waduh enak skali pemandangan ini. Inilah trail baru diteroka oleh remaja remaja JitraMTB untuk kegunaan harian.
Macam biasa trek di Jitra ni banyak killer climb siap dibaluti kabus lagi tu. Nyaman dan dingin menyebabkan I horny

Ahhhh panjangnya sedarp pecah peluh

Ahhh basah plak....emmmm rock garden

Rock garden largi gua cakap lu

Azhar IKBN membontoti rider yang selow selow. Dia sorang ja kayuh sungguh sungguh kami semua kayuh main main ja. Budaya chicken run semakin subur tak caya tanya Comelsz

Awww panjang.... tepacak melengkung plak tu matila I mcmni... ( keluh beberapa pasang jejaka yg sedang bermandi peluh bersama)

Nasib baik depa ni dibuat dari tanah, klu Gangsa sahih dah jadi tugu negara. Kpt Jamal mengengam erat tiang bendera yang bendera itu tidak kelihatan dalam gambar ni. Juga wakil 4 rider dari HawkMTB ( jgn cari gambar Pon memang dia takdak dlm gambar ni )

Tingginya. Jenuh bisep/trisep mengembang menguncup begitu juga toreks dan abdomen.

Aww DH panjangla bang, takpa genggam erat grip yg bergerutu tu erat erat dan lepaskan brek and let it flow

Nampak tak tu denai trail sayup ja tadi turun

Aik ingatkan dah habih DH , ada lagi la bang kalini pun panjang juga sedarp layan sampai habih jgn tingai sikitpun
HABIH. Dijemput Mai Layan Trail Ni