Tuesday, November 3, 2009

2.11.2009 : Dikala Malam Bulan Mengambang

Ahhh. Cantiknya bulan mengambang malam ni cuaca cerah cantik untuk offroad di Ladang Jati ni.

Saudaraku yg setia setiap kali dipelawa : Jem, WanBlitz, Zalmi, Azam PPP ( bukan ahli parti PPP ) . Kayuhan malam ni tercetus dari sms Azam kepada saya bertanya takdak ride ka?. Saya jawab balik nak offroad/offroad?. Azam jawab offroad baru ngancam. Rider macamni la yg dicari sangat comited. Saya seterusnya dengan ikhlas hati ( dah tulih ni maka jadilah tak ikhlas )mengsms kpd kawan2 mtb dgn harapan dpt kita menghayati xtvt ni bersama.

Hasil dari maklumbalas awal dijangka ramai yg akan datang hasil dari reaksi yang ditunjukkan. Saya sangat menaruh harapan atas maklumbalas tersebut. Tapi bila time nak ride hanya 5 saja yg ada. Saya agak kecewa tapi paham benda ni atas comitment masing2. Terpacul di hati berkata dah malas nak jadi volunter event manager ni. Sebab sekali sms kepada hampir 10 kawan2 dah berapa kos sms didarab dgn berapa aktiviti seminggu ( biasanya 3-4 xtvt seminggu ) itupun tak termasuk sms memujuk lagi.
Semua ini dibuat for the sake of friendship and sharing the same interest.

Zalmi setelah dipujuk sanggup balik dari Bandar Perda ( lebih kurang 300km pergi balik ) Kos minyak mungkin $40 + tol $ 30. Masa untuk drive mai hampir 1.5jam. Dia sanggup mai mungkin sebab utama malu alah atas pujukan saya kedua mungkin teringin nak try offroad malam. Sambil kayuh dia tak renti dok kata berbaloi balik kayuh dan minta arrange lagi. Comitment macamni yang sangat dikehendaki.

Azam kali kedua offroad malam di Ldg Jati dengan mengupgrade lighting system dgn memakai lampu China yg sangat dependable.

Wan menjadi mangsa dikejar oleh lembu sesat. Who lets the cow out!!. Sampai satu bukit Wan jadi last rider saya pulak second last. Tgh climb tiba2 Wan dengan laju memotong kami sambil termengah2 seraya berkata lembu...lembu!. Kami pakat cabut.. panik, lembu tupun tumpang panik sama diapun cabut ikut kami, maka pakat cabut bersama2.
Waktu DH tak semena2 semua laju termasuk lembu tadi. Kami tak larat berhenti, bagi chance lembu tu potong, baru lega hati kami.

Dekat parit ni kalu ada ramp boleh lompat.


Wan semput malam ni tenaga habih awai pasai adrenalin diligan lembu

Single track menarik dlm Ldg Jati ni kena buat bunyi hon kerap2


Menarik single track

Climb single track

Pakat semput gara gara acara kejar berganti ganti dengan lembu

fullamak

Gelapnya