Pendang Jamboree punya rider tak sebanyak jamboree lain sekitar 200 rider ja, mungkin hujung tahun ni banyak sangat xtvt. Minggu sebelum tu depa panggil buat test trail saya tak dapat hadir pasai ada kenduri tepi rumah. Saya sempat memohon maaf pada Zam Loreng waktu hari kolect goodies pasai dia personally call invite saya.
Dari maklumbalas lepas test trail depa kata road banyak kebanyakkan trail rolling sesuai untuk "henjut". Saya dalam dilema lastly tekad bawa hardtail lepas tu dilema lagi nak maintain taya Maxlite 285 atau tukar pakai Rampage, akhirnya hentam maintain Maxlite 285 sebab trail mostly rolling.
Pada hari jamboree hujan turun sewenang wenangnya, best ni yg dok cari. Pendang first jamboree saya waktu hujan jadi saya "basah" pada jamboree ni. Waktu road okla pasai taya kecoh sprint awai dgn Zul Habibah Marvelous mencecah 40km/h. Masuk ja offroad climb ja taya drift ikut dan, dahla pakai cleat phobia betoi.
Banyak juga celebriti pada hari ni antaranya Adi, Pon, WanBlitz, TokWan, Loso,Acong, ZanGerekBaru, Cikgu Din, Bg Cop SP, Bg Lan Mobil, Ai, Fisol, Khairi, Zalmi, Geng Marvelous bnk lagi la sila rujuk senarai rider.
Zalmi dan Acong ( first jamboree ). Lepas ni pekena Kayuh Lasak jenuh siap nutrien