Monday, November 9, 2009

8.11.2009 : Threesome Night Ride Offroad At CP3 Kedah Jamboree Trail

Laluan single trail ni tak termasuk waktu Kedah Jamboree haritu. Malam ni cuma 3 rider ketegaq ja Lon, Jem, Azam Perlis Power Plant. Wan dah tukaq taya tapi takleh mai kot gayat dengar CP3 atau pun tak dapat "lesen" pasai lepas ride dia mai tunggu kami dgn bini sahih tak dapat lesen.
Mlm ni phu sarp mendominasi trail ni. Klu Wan mai menambahkan koleksi phu sarp mlm tu. Cuaca hujan sampai 7.30pm, masing2 dok lawan sms jadika mlmni? saya jawab ..on!. Ada setengah tempat kat Jitra ni ayaq bah dah naik. Trail mlm tu memang mencabar jauh lebih adrenalin dari Ldg Jati waktu malam. Trail ni climb panjang dan berbatu memakan tenaga, tapi lepas tu layan DH single trail lepas brek biar meluncur laju.
Jem dengan gerek "baru" Giant NRS kabern phu sarp masih ragu ragu nak menDH. Azam tak renti dok kata poih trail ni rasanya dia pun multiple orgasm kat trail ni. Semangat dan komitmen Azam sangat disenangi rakan dan taulan pasai dia yg dok tanya ada ride ka? mcm ni baru shok nak arrange ride.
Lagi laluan single trail. Section ni masih baru so masih banyak tempat yg belum jadi denai bila malam main agak agak belasah ja.

Azam dan jem menunjukkan teknik imbangan badan di malam yg gelap gelita. Lampu China nampaknya mlm tu tak memadai pasai cuaca gelap sungguh. Azam rasanya lepas ni kena pakai lampu Cateye triple shot baru berbaloi pasai kayuh offroad malam dah jadi rutin.

Gearbox gerek Ellsworth Truth saya semalam ada masalah bila climb RD reja dok sangkut kesian kat Azam dok kena block setiap kali climb. Lepas ni kena bagi Abg Ai check tgk. Waktu climb kat CP3 jauh Jem dgn Azam tinggal saya keseorangan dan kedinginan dlm hati dok kata gamak depa tinggai rasa mcm nak patah balik.... suspen kayuh sorang sorang. Tapi dengan hati yg kental dan deruan adrenalin berjaya memotong depa waktu DH.

Gelapnya.

Ready nak DH panjang berbatu gnarly

On yur mark getset go!

Ayaq kat Tandop ni sampai nak melimpah akibat ujan. Inilah yg dikatakan tandop yg digunakan sempena nama kampung saya dan Rizal (Tandop) . Dulu tandop mcm ni ada depan lorong nak masuk Kg Ujung Aloq ( kg Tandop ) tepi kg saya jugak. Tandop ni fungsi kontrol ayaq di terusan Wan Mat Saman.