Monday, December 13, 2010

13.12.2010 : 2010 Intense 951

Inilah frame yg setelah sekian lama dok menaruh harapan, alhamdullilah dapat juga dimiliki. Intense 951 Limited Color c/w Cane Creek Double Barrel shox Ohlin Technology.

13.12.2010 : Tunku Sarina Bike Park, Jitra

Nampak gayanya geng Zam Jamis a.k.a Alor Setar Street Bikes begitu istiqamah dalam trail building ni. Sehingga karya ini ditaip mungkin hampir 1km dah diterokai. Terdapat 2 genre trail di sini iaitu trek DH dan Trail untuk yang ingin meningkatkan skill untuk tackle single trail.

Gambar ini diambil dari atas ke bawah. Single trail ni ada sedikit rockgarden dan sempit perlukan konsentrasi yg tinggi. Nak ambil corner ni lenggok badan memain peranan.

Wadus switchback. Bagi Rider sebelah utara terutama Kedah trail macam ni adalah sesuatu yg baru pasai selalu dok layan xc ja mcm Ldg. Jati, Trek Balak, Bkt Tampoi, CP3. Why not try this one, you dont have to go to Kiara, PCP, FRIM cos we build here for you....just enjoy the trail


Nice single trail.

Pandangan dari bawah ke atas

Fuh layarn

Sudi sekiranya anda datang sama sama menebas buat trail ni

Antara rider yang datang bergotong royong buat handmade trail. Zalmi sambil menebas dok teringat bini yang berada nun jauh diperantauan.

Jem a.k.a keladi utan xcited trail building

takdak gaya langsung mengcangkoi

Fulamark switchback offchamber plak tu











Monday, November 29, 2010

27.11.2010 : Morewood Kwela - Fork DT Swiss XRC100 World Champion Edition

Dok bekenan lamadah kat fork DT Swiss ni pasai ringan dan tak pernah try product DT Swiss. Mula tu nak beli sayang pasai dok pakai SID World Cup XX pun kira dah sedarp tapi dah ada member nak beli so why not try a new one and have an actual review.
Fork ni carbon weight aprox 1.2kg termasuk remote lock ( cable ). Rebound adjustable
, reverse hollow arch. Total weight complete bike lani 8.43kg. Nak bagi komen takleh lagi belum try, lagipun bike ni cuma nak kayuh road ja. Stanchion fork ni rasanya 29mm ja kot.
Dah try kayuh comp XTR 2011, overall shifting lagi smooth dan cepat berbanding model lama, crank punya shifting smooth. Cuma crank FSA K Force Light yang pakai dulu jauh lebih smooth dari crank XTR mungkin nak kena upgrade BB kepada ceramic kot.

Wednesday, November 24, 2010

23.11.2010 : DH/FR Tmn Tunku Sarina, Jitra


Gambar kat atas saya sedang mengambil drop hampir 5 kaki. Trek ini baru ja di buat oleh geng Alor Setar Street Bike yang di kepalai Zam Jamis, Botak, WanBlitz, Wan junior dan banyaks lagi. Trek ini terletak dalam kawasan belakang padang golf Darulaman.
Panjang trek ni mungkin dalam 700m dan masih ada potensi untuk dipanjangkan lagi. Sehingga tarikh ini terdapat dua jump satu drop hampir 5 kaki dan satu jump melepasi parit jarak dlm 8 kaki.
Trek ini sesuai juga untuk xc/amtn dan insyaallah akan dibuat singletrack loop keliling bukit ni dan mungkin akan dikepalai oleh Kpt Jamal.
Geng ASSB ni rajin sunggoh tiap-tiap hari mai usahakan tanah yang terbiar ni menjadi satu tempat riadah terutamanya DH.

Saya selalu do cucok geng ASSB " ada ranking dlm MDHA series tapi negeri sendiri takdak trek" nampaknya racun ini telah berjaya.

Sedarph sunggoh fork Boxxer World Cup 2010 kena plak dengan fulface Urge ringan berangin angin keliling kelengkapan tudung kepala.

Banyaks lagi yang akan di buat di trek ni Zam Jamis dan Botak mengunakan pengalaman DH Race di banyak trek untuk diadaptasi di trek ni. Harap harap Darulaman Realty Sdn. Bhd. jadikan bukit ni kawasan hijau agar tidak dibangunkan dimasa terdekat.

Semua gambar ni diambil dari FB Azhar ( Art IKBN )

Anda dibenarkan menggunakan gambar saya untuk wallpaper phone atau desktop anda.

Seluar Troy Lee Design Grand Prix 2010






Monday, November 22, 2010

16.11.2010 : Cikgu Wan ( Atherton ) New Rig : Commencal Meta 5.5 2011

Cikgu Wan ni baru ja join geng Redflag. Bermula dgn hardtail Specialised lepastu upgrade to XTR. Bila dok masuk ofroad tak tahan dok dengar kami kata SEDARRP, SEDARRP lani diapun dah pakai fulsus Commencal Meta 5.5 model 2011 complete 10speed plaktu.

Bike ni spec dah hiend 10 spd. Brek Formula RX, Fox Float 160mm, Fox RP2, Crossride, E*Thirteen, Element straight handle bar ( capang ). Apalagi nak klu dpt mcm ni. Bila first masuk offroad pada hari Jumaat lepas baru dia mengerti maksud SEDARRP dan memahami apa yang kami katakan selama ini adalah benar belaka.
Sekarang dah ada 6 rider yang pakai fulsus antaranya :
1. Lon - Ellsworth Moment 150mm All Mtn/Light Freeride bike
2. Zaim - Banshee Rune 140mm All Mtn.
3. Jamal - Norco Fluid LT 2 160mm All Mtn
4. Zalmi - Norco Fluid LT 3 160mm All Mtn
5. Cikgu Fisol - Merida 120
6. Cikgu Wan - Commencal Meta 5.5 All Mtn.
7. A#%$* - ?
Anda bila lagi ? depa yang dah pakai dah start kata SEDARRP. Pakai fulsus bukan pasai DH laju. Pakai fulsus pasai nikmat sedarrp bila rasa suspension absorb trail walaupun ofroad flat.

1.11.2010 : Fort Red

Trail Fort Red ini adalah sebahagian dari trail Kedah Jamboree 2009 di kawasan trek balak. Walaubagaimanapun kami berjaya merecce trail baru yang terdiri dari DH rockgarden sepanjang 1.2km.
Trail ni biasanya kami mula di hadapan balai polis Wang Tepus kemudian masuk ke Kg Keda - Kg Kota Mengkuang - Trek Balak a.k.a Fort Red - Carok Langsat. Total distance adalah 14km ja. DH cuma 0.5km dan rockgarden 1.2km ja selebihnya kiler climb. Duration biasanya 3 jam untuk 14km ni.
Antara rider yang xcited ialah Cikgu Fisol dengan Merida 120 fulsus dengan setting baru i.e custom wset Flow/hope/dtswiss, handle sunline 745, helmet Urge Kenya Limited Edition. Turun pun dah semakin laju dan semakin cekap setting fork.
Ni dia sebahagian dari climb yang panjang atau DH yang panjang jika dibuat reverse. Trail ni kena standby air 2 botol.

Jumaat kayuh Ahad pun kayuh lagi.....obsessed. Antara rider : Lon, Jem ( buddy club ), Zalmi ( akan memecahkan terunanya pada 23hb. Nov. 2010 ) semoga Allah merahmati mempelai ini dan semoga Zalmi sentiasa "menang' dalam "pendakian" , Kpt Jamal,Din BSN,Lan EON,Fauzi dan AzharIKBN ( dlm proses transition to fulsus ).


Awww....waduss....stimnyyyaa. nak jatuh tak jatuh nak jatuh.....tapi tak jatuh, itu yang best bila DH kat rockgarden ni boleh rasa suspension sedang bekerja dgn tekun memastikan tuannya enak dan empuk. Jangan risau pasai yang hardtail pun boleh turun juga dahla pakai cleat...respect gua,




Tuesday, September 28, 2010

27.9.2010 : Zalmi New Rig : Norco Fluid LT3 All Mountain

Ni dia rig baru Zalmi Norco Fluid LT 3 travel 160mm full suser. Fork Marzocchi Bomber55, Fox DHX Air 3.0, Avid Elixir R SL, Funn Fatboy, OTA Stem, Hope Seat Clamp etc.
Zalmi ni kira masih baru dalam Team Redflag Jitra baru join dalam tahun lepas mula dgn GT Avalanche 8 speed kot. Dok kena train 3 kali baru boleh naik Bkt Lenguh. Nampak gaya dia tak pernah rasa menyesal join dgn Redflag berbanding dulu dok kayuh sorang sorang di jalan ban. Sekarang ni bagitau ja Kiara, PCP dah dijamahnya.
Baru dalam 2-3bulan dia baru upgrade hardtail dari GT kepada Giant ATX Pro tup tup teruih ambik phu sarp all mountain...SEDARRP. Sekarang ni di Jitra dah banyak yg start pakai full suser antaranya : Lontruth Moment, Zaim Banshee Rune, Jamal Norco Fluid LT2, AzharPublicBnk Giant Anthem dan kini Zalmi Norco Fluid LT3. Geng Ah Huat pun banyak pakai full suser.
Dulu kalau sebut full sus semua orang kata berat, kayuh teruk...bla...bla tapi yg dok kata tu tak penah pakai pun ( tak baik tau gosip ). Tapi bila saya try pakai bila dok kayuh tak renti renti dok kata SEDARRP.....SEDARPP depa dok heran, lani Zaim, Jamal plak dok kata SEDARP. Pakai full sus is all about you and your bike enjoying every second on the trail
Zalmi ni klu jamboree selalu dia jadi partner rider saya, selalu dia dok follow kat belakang saya mana tahan tengok shox belakang Moment 6in dok buat kerja maka akhirnya rezekinya tiba dengan harga yg tak masuk akal walaupun barang second.
Sebagai pegawai bank Zalmi yg bertugas sebagai penghitung risiko mungkin dengan pembelian Norco ni tak mendatangkan sebarang risiko padanya. Risiko yg mungkin dia terlupa ambil kira ialah risiko upgrade yg tiada batas tata susila

Majulah Full Sus untuk Negara !

Monday, September 27, 2010

23.9.2010 : Ellsworth Moment With Hope Tech 2 Brakes

Dah lama dok bekenan dgn brake Hope ni mungkin terpengaruh pasai selalu dok baca MBUK sama kot. Brake lever Hope semuanya dibuat daripada kaedah CNC iaitu dari seketul aluminium dimesin/diukir menjadi sedemikian rupa. Lever boleh adjas reach dekat/jauh dan BPC iaitu bite point contact mcm kat Avid Elexir CR.
Hose hidrolik pula braided hose so dia punya feel stable under hard braking. Kebiasaanya kita akan merasa brek belakang lebih lembut berbanding brek depan jika hose getah biasa, ini disebabkan brek belakang lebih panjang bermakna lebih tenaga diperlukan untuk compres hidrolik dalam hose. Hose getah juga mungkin boleh sedikit mengembang bila tekanan tinggi hidrolik dlm hose. Dengan braided hose masalah ini sukar berlaku tapi berat la sikit.

Caliper belakang juga CNC dan datang dengan rotor 183mm floating. Sekiranya menggunakan caliper brake brand lain kebiasaanya rotor floating 183mm ini akan bergesel di bahagian rebet dgn caliper brek. Jika menggunakan complete set brek Hope ia datang dengan mount sendiri yg CNC masalah ini tak timbul.

Brek depan datang sekali dengan mount CNC untuk 183mm

Wadus



Thursday, September 23, 2010

22.9.2010 : Morewood Kwela New XTR 2011 Groupset

Barang gerek ni klu dok ikut jenuh macam handphone sat ja model baru keluar. Reason utama pakai groupset XTR 2011 ni saja nak try dan rasanya mungkin lama lagi XTR akan keluar model baru so berbaloi la beli awal.


Bila nak pasang benda baru Abg Ai diberi kepercayaan untuk menyentuhnya dengan gemalai dan setting juga elork dan sedarp.

Crank XTR 2011 ni bila kayuh nampak turbine TD05HH. Berat 770g macam model lama juga. Saya nak yg 2pieces tapi lani hanya 3 piece yg ada so pakai jugak la.

RD lain sikit dari model lama berat 175g ( 180g lama ).

Caset XTR 2011 10 speed 11-36 tgk dari luar nampak sama ja tapi belah dalam design mcm crank ( turbine ). Berat 275g ( 250g lama ).

Shifter 250g/pair nampak macam sama tapi feel lain lebih lembut dan precise. Belum cuba lagi nanti insyaallah akan beri review lagi





Bkt Kelubi Lepas Raya

Cikgu Fisol semenjak dilahirkan inilah kali pertama mencuba trail ni dengan berkat usaha yang gigih berjaya juga mengelimb ( climb ) section ni. Mungkin kalau dia pakai Intense Tracer atau Nomad boleh lebih lagi kot.

Art Titi Besi muka kering ja berbanding dengan cikgu kat belakang tu. Bukit ni climb dahla tinggi panjang pulak tu slope 14 deg klu ikut meter Cateye Adventure.

Hero Lon Moment of Truth memberi pose istimewa . ( Anda dibenarkan menggunakan gambar ini sebagai wallpaper atau digunakan sebagai billboard dipasang sepanjang hiway PLUS )

Geng NXT nampak trail single trail ni yg penuh dengan roots garden drops terangsang umpama membaca Mona Gersang.

Ni di Ladang Jati Perik yang telah lama tidak di session





Thursday, August 26, 2010

Gunung Jerai Nite Ride with NXT, Changloon,Redflag,ASSB, Sam Kaki Bukit

Waktu organised ride ni saya cuma sms ke beberapa potential rider ja tapi tak sangka Adi telah memanjangkan jemputan ni di laman sesawang, maka ramailah yg mai. Petang tu hujan renyai renyai sebelah Utara so Chan ada sms tanya pasai cuaca... sa reply Hujan pun on. Kami team Redflag klu dah arrange xtvt biasanya klu ujan pun on so senang takyah dok was was ...jadi ka dak.
Kayuhan naik Gunung Jerai waktu malam ni dah banyak kali buat. Disertai oleh geng Chan NXT, Adi, Alor Setar Street Bike dan nun jauh dari sempadan pun ada Sam Kaki Bukit.
Kayuhan bermula 10.51pm selepas solat sunat Terawih di surau kaki Gunung Jerai

Dari Kiri : Nasir, Azizul, Cikgu Fisol dan Madi BooRider

Nidia Art Titi Besi rider obsessed, bagitau ja kayuh malam offroad ka road ka semua ok.

Ish gelapnya Veyrone mengayuh

Tandop kayuh sakan pasai ciwik pakai cleat kot


Man Bank Rakyat

CP 1 Muzium

Berbaju merah tu hero sedondon dgn stokin

Chan sebagai sweeper pada malam tu. Belakang tu Naim remaja baru join Redflag first time kayuh naik Gunung Jerai

Melepak sakan di kawasan Muzium

Waktu turun telah berlaku adengan kejar mengejar antara Nasir, Veyrone, Man dan Lon dengan kelajuan mencecah 60km/h + dlm kepekatan malam.