Monday, December 28, 2009

Kawat09 : TOLONG! TOLONG!...AYAQ! AYAQ!....Ahh TQ Nyonya

KAWAT09 ...Maka tamatlah sudah jadual jamboree tahun 2009 ni. Ada banyak gambar yg saya snap tapi atas sifat protes maka saya engan menyiarkan photo photo tersebut.
Secara kesimpulannya KAWAT 09 :
  • Malam sebelum jamboree waktu kami hendak ambik goodies pun dah nampak kelemahan.
  • Jersey untuk saiz L keatas takdak. Dahla tu boleh ditutup kaunter, sepatutnya kaunter dibuka la bagi ajk bergilir bagi goodies. Bayangkan rider yg mai dari jauh sampai tgk kaunter tutup kena chau lepas tu kena mai lagi.
  • Start pun buat silap lagi. Kata 7.30am akan di flag off oleh YAB MB. tapi sampai dekat 8am pun dok meloko lagi ...bila semua rider hingaq baru depa bunyi sangkakala secara terpaksa melepaskan rider.
Trail
1. Lebih kurang 8km awal kayuh road ok cun lepas tu climb minitar melalui kawasan perkuburanpun ok nice climb. Lepas tu start XC offroad climb pun menarik.
2. Bila mula singletrail maka bermulalah jammed. kalau pendek takpa jugak ni panjang jenuh tolak gerek. Bila nak DH pun takleh sebab jammed. Single track secara azali memang menarik kepada semua MTBer tapi tak sesuai dibuat terlalu banyak waktu Jamboree kerana jammed.
Rider lebih suka trail yg boleh kayuh walaupun killer climb janji boleh rideble.
Boleh dikatakan hampir semua offroad di KAWAT09 ni single track. Cukup tak sesuai dibuat trail Jamboree kalau trail macam ni. Kalau sikit ok, Organizer sepatutnya kena planned waktu mana kena hidangkan single track jgn ingat senang nak planned trail jamboree!
Ada satu singletrack DH junam tepi pagar hijau tu gila betoi. Steve Peat dgn Sam Hill pun ketaq lutut kat sini. Perasan klu letak ketoi bata pun begolek inikan pula homosapien yg sedang tuntun gerek. Mana masuk akai boleh cari trail macam ni. Wahai Organizer hempa tau dak yg kami bawa gerek !!! klu hiking boleh la.
Lepas habih tanggung gerek tolak gerek ingatkan buah keranji atas peti rupanya ayaq pun takdak. Adoi....lapaq ayaq taktau nak habaq dah kering ayaq juboq. Sampai satu kawasan perumahan selepas CP2 saya terpaksa mengadaikan maruah demi kelangsungan hidup terpaksa menjerit "tolong! tolong! ayaq! ayaq!....nasib baik ada nyonya sudi bagi ayaq pancoq. Maka bolehla saya, Kri Siong, Abg Din, Abg Lan Mobil dan banyak lagi melepaskan dahaga.
Alangkah pilunya bila dimaklumkan CP3 dah ditutup sedangkan kami masih ada tenaga untuk habiskan jamboree ni cuma dahaga tak terkata.
Waktu perjalanan ke finishing line baru nampak ada budak budak dok bagi mineral water... saya kata bagi buat apa lagi berapa ratus meter ja lagi nak sampai!
WAHAI ORGANIZER HEMPA TEROK....APA SALAH KAMI SEHINGGA DILAYAN SEDEMIKIAN....SAYA TAKDAK HUTANG DGN HEMPA PUN ....PASAI APA ???

Tuesday, December 15, 2009

TRIP TO KL WITH REDFLAG, TRM, ODD &.....

Rancangan ini diatur setelah sekian lama dok teliur tgk singletrack kat Kiara dan FRIM. Nafsu ini terangsang akibat banyak gambar telah didedahkan aurat oleh PUJMAC dan Kayuhbeb. Dengan menery ( kata asal try ) trail ni dapat menambahkan skill yg mungkin masih kurang.

1.0 Berikut adalah kaedah pangangkutan yang akan bertolak dari Redflag Jitra :

Insyaallah saya menyediakan 2 buah kenderaan iaitu :

a) Toyota FortuneR
Semua 8 bike akan dibawa dalam kereta ni ( 3 atas & 5 dalam ).
Comels dan Zalmi akan menaiki kereta ni.

b) Toyota Avanza
Sebanyak 6 rider lain akan menaiki kereta ni


2.0 Jadual Perjalanan :

17.12.2009 Khamis

6.30pm : berkumpul di Redflag Jitra dan memunggah bike.
8.00pm : bertolak ke KL
1.00am : dijangka sampai KL.


18.12.2009 Jumaat

8.00am : Kayuhan Bkt Kiara TTDI.
1.00pm : Solat Jumaat
3.00pm : Kayuhan PCP
7.00pm : Acara Bebas bak kupu kupu malam


19.12.2009 Sabtu

8.00am : Kayuhan FRIM
11.00am : Acara Bebas atau balik terus.


3.0 Anggaran Kos

Kos Transport : RM 280 x 2 : RM 560
Kos Tol : RM 120 x 2 : RM 240
Jumlah : RM 800/8rider
Kos Per Rider : RM 100.

Kos Penginapan : RM 250/night x 2 night : RM 500/8rider
Kos Per Rider : RM 62.50

Untuk memudahkan collection akan dibuat sebanyak RM 160/rider untuk trip 3h2m ini. Sekiranya kos ini tidak mencukupi maka konsep thong thong akan digunapakai.

Sila pastikan basikal dalam keadaan baik terutama taya, brek dan suspension.

Sila pastikan keselamatan masing masing kerana xtvt ini adalah atas dasar kerelaan sendiri. Harap Maklum.


SELAMAT MENCUBA TRAIL BARU.....HURAYYYYYY


se



Monday, December 14, 2009

11-12.12.2009 : Songkla ....Uu la la la

Kayuhan Songkla ni atas inisiatif Abg Ron Perlis MTB dan telah mendapat sambutan ramai rider. Saya pada saat akhir bagitau kat Abg Jem dan Ai mungkin saya tak dapat join pasai telalu sibuk. Tapi memandangkan telah berjanji maka saya kotakan juga janji tu.

Antara rider yang mai :

1. Abg Ron ( Event Manager : the best )
2. Edy NXT
3. Azhar NXT
4. Abg Din
5. Jem
6. Ai
7. Senu
8. Cikgu lutfi
9. Cikgu Mazli Perak
10. Amran
11. Alias
12. Lon
13. Edi perak
14. Bazli
15. yadi
16. ada sorang lagini lupa nama
17. Mat Satun ( Navigator/support car/translator )
Rider dari Perak

Bersatu semula selepas sesi pecutan otomatis di Sadao

Bersama Alias. Kami bersekududukan dalam satu bilik hotel pada malam tu

Mai Siam semua sedap.... Teh tarik ajaib lemak berkrim disukai ramai

Sepanjang perjalanan kami dari Danok ke Sonkla 95km, kami telah dihiburkan dengan pukulan angin yg kuat dari Siberia namun dingin. Teknik superman tak dapat membantu melawan tiupan angin ni speed dlm 18-19km/hr ja. Dahla tu kena climb pulak waduhh tijahh. Panaih lit lit lagi waduh mental kena kuat.

Waktu bersatu semula selepas terpisah di persimpangan dlm pekan Sonkla.

Lega rasanya dapat kena angin Laut Cina Selatan

Melelong gerek kena angin lintang

Bola golf bundle pun ada joi kat sini. Kat tepi pantai ni pekena somtam dgn makan buah memang stim. Buah kat sini semua manis, nenas bonzai manis dari ayaq tebu klu hempa nak tau. Buah pelam pulak nampak isi putih lagi tapi bila makan fuhhh... lemak.

Ni dia maskot kayuhan

Cikgu Mazli dgn Abg Din ( dia ambik gambar banyak sungguh )

Adik Zaim Bazli mai wakil dari Zaim

berehat di pantai Samila Sonkla Thailand. Makcik depan tu joi Somtam

Makan petang somtam dgn ayaq nyoq muda. Sapa tak tahan pedas takleh makan somtam nanti pedih rectum. Otot pencerut boleh luka

Pemandangan tasik dari bilik hotel. Pada waktu ni saya dan Alias berdua saja dalam bilik ni.

Pemandangan indah pelabuhan waktu pagi

Brakfast kat Songkla : terung ajaib, daging ajaib, telur itik masin ajaib pasai 2telur merah dalam satu telur lemak sungguh, telur dadar ajaib. Semua ajaib pasai sedap dan unik mana ada kat Semenanjung Malaysia macam ni. Tokey kedai ni orang Melayu Ipoh, kedai ni di lorong depan hotel Lake Inn. RM 5 temasuk minum ok la tu.

Naik feri ingatkan lama rupanya sat ja cross tasik ni

Fulamak. Anda dibenarkan save gambar ni sebagai wallpaper pc atau handphone anda garenti unik.
Cikgu Mazli, Ai gerek highend, Cikgu Lutfi dan Senu

Lepas turun feri minum pagi lagi layan sungguh kayuhan ni

Pemandangan tasik dari jambatan panjang. macam macam teknik tangkap ikan.

Senu menggengam erat henden gerek akibat angin lintang pukang yg kuat. Waktu atas jambatan ni fui angin kuat sungguh jenuh henjut dahla trela laju laju lalu kot sipi sipi ja.

Sayuuuuup mata memandang

Sampai Danok dlm pukul 5pm beli nenas bonzai RM7/kg manis sungguh. lepas kupas tinggai saiz besar bola tenis ja.






























Thursday, December 10, 2009

8.12.2009 : Jom Melepak Dekat BU8

Ish cantik bangunan ni. Insyaallah Nanti 18-19.12.2009 trip KL ni kita boleh lepak kat sini pulak


Wan a.k.a Blitz melayan Toffe Nut Frapucinno Ice Blended Grande with cream RM 15 .....nice. Lepas tu pekena pulak Auntie Ann Pretzel almond...hulala

Saya pi KL sebab ada urusan dengan lawyer. Habih urusan apalagi meronda kedai gerek la. Ni dia Enduro Ceramic Bearing yg dioder melalui Sdr Adi direct from US. Bearing ni untuk hub Spinergi Xyclone Disc saya. Selepas dipasang oleh Leong KSH TTDI wheelset saya berpusing sewenang wenangnya tanpa menunjukkan tanda tanda nak berenti dlm waktu terdekat... berbaloi sungguh. Thank You Adi.....




6.12.2009 : "Kayuh Lasak"

Ini adalah penyertaan sulung saya dalam Kayuh Lasak maklumlah main mtb baru dekat 2 tahun ja. Dari gosip yang didengar heboh mengatakan Kayuh Lasak adalah seperti "Event of the Year" , "The Best Organiser"," Trail yg ganas" dan sebagainya. Ditambah pula Jamboree ini seolah seperti "By Invitation Only" menambahkan faktor ke"gah"an Jamboree ini.
Atas faktor ini saya telah memperkuatkan mental dan fizikal bagi mengharungi trail ini. Dapat menyertai jamboree ini juga telah memberi kepuasan sebab ramai yg tak leh join.
Permulaan Jamboree ni saja dah menunjukkan kelemahan dimana starting telah delay ini menyebabkan rider terkendon sikit.
Trail memang best telah dihidangkan dengan climb yg melenguhkan buah pinggang. Climb semuanya tepacak panjang seolah bukit tu takdak puncak tak habih habih tolak ....nice I luv this trail.
Lepas tu layan pulak donhiu singletrack panjang....nice orgasm.
Yang lecehnya tempat starting "grand", promotion "grand", dinner"grand", branding"grand" ...tapi bila masuk trail.... marking kurang "sense of directional" dok tertanya tanya betoika jln ni?.
CP pula cuma bagi mineral water ja dan pisang. Sepatutnya layanan kepada rider di trail mesti"grand" jugak. Sebab semua rider yg mai akan melayan trail dan bukan semua rider ni yg akan tunggu sampai habis acara. Maka layanlah rider semasa trail dengan memberi isotonic drinks sikit. Di CP 6 adaka patut 100Plus kena beli nasib baik my fellow WanBlitz bawak duit.
Macam BM Jamboree lepas.
CP pula banyak dibuat selepas DH. Adalah lebih baik dibuat CP sebelum DH sebab :
a) memberi peluang rider ambik nafas dan bersedia untuk DH dengan lebih bersedia.
b) Marshall boleh menerangkan kepada rider bagaimana terrain DH yg akan dilalui.
c) Rider baik punya layan DH tau tau kena sekat kat CP ...jenuh brek ( poton stim ).
d) Rider memerlukan momentum DH ni untuk membantu climb seterusnya.
e) Cp di bawah juga boleh membahayakan marshall dan rider yg mungkin terlanggar.
Saya memberi pandangan peribadi ini berdasarkan beberapa jambore yg telah disertai dan pengalaman terlibat dalam penganjuran jamboree. Di harap organiser mana mana dapat mengambil perhatian agar Jamboree terbaik dapat diberikan kepada riders yg boleh dikatakan semuanya kawan kawan.
Sinopsisnya Trail memang BEST

Acong memberanikan diri masuk Kayuh Lasak... good job bro. kat belakang tu geng Soobeng

Ni dia Shukri @ Anak Siong. Zalmi tengah potong kuku waktu flight delay

Ehm ehm... hi. Kat mana saya ada dia pun ada.

Kami berdua berada disini. Ezlyn mengambil kesempatan bergambar dengan Lontruth

Nasik tambah pun ada..... WanBlitz dengan Lyn

Tolak

Zalmi mengesat airmata yg mengalir tak tahan penderitaan yg dialami

Belakang tu Kamarul ( bila nak mai kayuh ). Brader GT dari Ipoh berjaya memutuskan rantai tanpa dirancang dan Comels berjaya menyambung rantai yg telah diputuskan itu. Nasib baik bro BC Kelolo perasan rantai terkalih

Trek Selebriti : Wan, Zalmi dan Arash

La baru perasan rupanya Arash pelakon Cerekarama .

Nice single track very technical.

Zalmi menDH

WanBlitz menDH dengan teknik tersendiri

Wow...nice

Canteek trail ni. Dengan berbekalkan beberapa biji kurma yg dimakan 2biji setiap jam dapat sustain energy. Digalakkan makan kurma pasai banyak khasiatnya berbanding energy gel

Tuesday, December 1, 2009

1.12.2009 : Senarai Terkini Rider Tegar Trip Kayuhan Di KL

Sehingga tarikh ini rider yg berniat ( Bertekad ) nak join Kayuhan Trail PCP, Kiara & FRIM bersama PUJMAC dan KAYUHBEB ialah :


1. Lon
2. Abg Jem
3. Abg Ai
4. Comelsss
5. Wan Blitz
6. Nasir Santa Cruz ( PCP ja )
7. Odd ( FRIM ja )
8. Zalmi. .
9. Zankx

10. Dikman MPK

11. Geng Gerek Gunung ?

Estimated : RM 160/head for Transport & Penginapan 3H2M

Transport adalah berdasarkan thong thong. Anggaran minyak + tol : RM 230 + RM 120 = RM RM 350/ car ( ini adalah anggaran saja ).

Kos Homestay 2 malam : RM 500

Cost lepak kat BU8 : Caramel Machiato tall with cream RM 15/cup, Toffe Nut Frapucinno Grande iceblended RM 20/ glass, Tiramisu cheese cake RM 9/slice. ( anggaran saja )

Cost lunch di Nandos : Quarter chicken + 2 sides lines ( salad, coleslaw ) + chicken and portroll + hot cafe latte : RM 25/head.

Cost minum petang di Delifrance : Tahiti pizza + cafe latte + Gratin mussels : RM 20/head.

Cost snacks : Famous Amous double chocs cookies RM 9/100gm. Auntie Ann pretzel RM 6/no ( anggaran saja ).

Breakfast : Nasi lemak bungkus RM 1.50/no ( mahainya )