Monday, December 28, 2009

Kawat09 : TOLONG! TOLONG!...AYAQ! AYAQ!....Ahh TQ Nyonya

KAWAT09 ...Maka tamatlah sudah jadual jamboree tahun 2009 ni. Ada banyak gambar yg saya snap tapi atas sifat protes maka saya engan menyiarkan photo photo tersebut.
Secara kesimpulannya KAWAT 09 :
  • Malam sebelum jamboree waktu kami hendak ambik goodies pun dah nampak kelemahan.
  • Jersey untuk saiz L keatas takdak. Dahla tu boleh ditutup kaunter, sepatutnya kaunter dibuka la bagi ajk bergilir bagi goodies. Bayangkan rider yg mai dari jauh sampai tgk kaunter tutup kena chau lepas tu kena mai lagi.
  • Start pun buat silap lagi. Kata 7.30am akan di flag off oleh YAB MB. tapi sampai dekat 8am pun dok meloko lagi ...bila semua rider hingaq baru depa bunyi sangkakala secara terpaksa melepaskan rider.
Trail
1. Lebih kurang 8km awal kayuh road ok cun lepas tu climb minitar melalui kawasan perkuburanpun ok nice climb. Lepas tu start XC offroad climb pun menarik.
2. Bila mula singletrail maka bermulalah jammed. kalau pendek takpa jugak ni panjang jenuh tolak gerek. Bila nak DH pun takleh sebab jammed. Single track secara azali memang menarik kepada semua MTBer tapi tak sesuai dibuat terlalu banyak waktu Jamboree kerana jammed.
Rider lebih suka trail yg boleh kayuh walaupun killer climb janji boleh rideble.
Boleh dikatakan hampir semua offroad di KAWAT09 ni single track. Cukup tak sesuai dibuat trail Jamboree kalau trail macam ni. Kalau sikit ok, Organizer sepatutnya kena planned waktu mana kena hidangkan single track jgn ingat senang nak planned trail jamboree!
Ada satu singletrack DH junam tepi pagar hijau tu gila betoi. Steve Peat dgn Sam Hill pun ketaq lutut kat sini. Perasan klu letak ketoi bata pun begolek inikan pula homosapien yg sedang tuntun gerek. Mana masuk akai boleh cari trail macam ni. Wahai Organizer hempa tau dak yg kami bawa gerek !!! klu hiking boleh la.
Lepas habih tanggung gerek tolak gerek ingatkan buah keranji atas peti rupanya ayaq pun takdak. Adoi....lapaq ayaq taktau nak habaq dah kering ayaq juboq. Sampai satu kawasan perumahan selepas CP2 saya terpaksa mengadaikan maruah demi kelangsungan hidup terpaksa menjerit "tolong! tolong! ayaq! ayaq!....nasib baik ada nyonya sudi bagi ayaq pancoq. Maka bolehla saya, Kri Siong, Abg Din, Abg Lan Mobil dan banyak lagi melepaskan dahaga.
Alangkah pilunya bila dimaklumkan CP3 dah ditutup sedangkan kami masih ada tenaga untuk habiskan jamboree ni cuma dahaga tak terkata.
Waktu perjalanan ke finishing line baru nampak ada budak budak dok bagi mineral water... saya kata bagi buat apa lagi berapa ratus meter ja lagi nak sampai!
WAHAI ORGANIZER HEMPA TEROK....APA SALAH KAMI SEHINGGA DILAYAN SEDEMIKIAN....SAYA TAKDAK HUTANG DGN HEMPA PUN ....PASAI APA ???