Ini adalah penyertaan sulung saya dalam Kayuh Lasak maklumlah main mtb baru dekat 2 tahun ja. Dari gosip yang didengar heboh mengatakan Kayuh Lasak adalah seperti "Event of the Year" , "The Best Organiser"," Trail yg ganas" dan sebagainya. Ditambah pula Jamboree ini seolah seperti "By Invitation Only" menambahkan faktor ke"gah"an Jamboree ini.
Atas faktor ini saya telah memperkuatkan mental dan fizikal bagi mengharungi trail ini. Dapat menyertai jamboree ini juga telah memberi kepuasan sebab ramai yg tak leh join.
Permulaan Jamboree ni saja dah menunjukkan kelemahan dimana starting telah delay ini menyebabkan rider terkendon sikit.
Trail memang best telah dihidangkan dengan climb yg melenguhkan buah pinggang. Climb semuanya tepacak panjang seolah bukit tu takdak puncak tak habih habih tolak ....nice I luv this trail.
Lepas tu layan pulak donhiu singletrack panjang....nice orgasm.
Yang lecehnya tempat starting "grand", promotion "grand", dinner"grand", branding"grand" ...tapi bila masuk trail.... marking kurang "sense of directional" dok tertanya tanya betoika jln ni?.
CP pula cuma bagi mineral water ja dan pisang. Sepatutnya layanan kepada rider di trail mesti"grand" jugak. Sebab semua rider yg mai akan melayan trail dan bukan semua rider ni yg akan tunggu sampai habis acara. Maka layanlah rider semasa trail dengan memberi isotonic drinks sikit. Di CP 6 adaka patut 100Plus kena beli nasib baik my fellow WanBlitz bawak duit.
Macam BM Jamboree lepas.
CP pula banyak dibuat selepas DH. Adalah lebih baik dibuat CP sebelum DH sebab :
a) memberi peluang rider ambik nafas dan bersedia untuk DH dengan lebih bersedia.
b) Marshall boleh menerangkan kepada rider bagaimana terrain DH yg akan dilalui.
c) Rider baik punya layan DH tau tau kena sekat kat CP ...jenuh brek ( poton stim ).
d) Rider memerlukan momentum DH ni untuk membantu climb seterusnya.
e) Cp di bawah juga boleh membahayakan marshall dan rider yg mungkin terlanggar.
Saya memberi pandangan peribadi ini berdasarkan beberapa jambore yg telah disertai dan pengalaman terlibat dalam penganjuran jamboree. Di harap organiser mana mana dapat mengambil perhatian agar Jamboree terbaik dapat diberikan kepada riders yg boleh dikatakan semuanya kawan kawan.
Sinopsisnya Trail memang BEST
Acong memberanikan diri masuk Kayuh Lasak... good job bro. kat belakang tu geng Soobeng
Ni dia Shukri @ Anak Siong. Zalmi tengah potong kuku waktu flight delay
Ni dia Shukri @ Anak Siong. Zalmi tengah potong kuku waktu flight delay
Ehm ehm... hi. Kat mana saya ada dia pun ada.
Kami berdua berada disini. Ezlyn mengambil kesempatan bergambar dengan Lontruth
Nasik tambah pun ada..... WanBlitz dengan Lyn
Tolak
Zalmi mengesat airmata yg mengalir tak tahan penderitaan yg dialami
Belakang tu Kamarul ( bila nak mai kayuh ). Brader GT dari Ipoh berjaya memutuskan rantai tanpa dirancang dan Comels berjaya menyambung rantai yg telah diputuskan itu. Nasib baik bro BC Kelolo perasan rantai terkalih