Tuesday, December 15, 2009

TRIP TO KL WITH REDFLAG, TRM, ODD &.....

Rancangan ini diatur setelah sekian lama dok teliur tgk singletrack kat Kiara dan FRIM. Nafsu ini terangsang akibat banyak gambar telah didedahkan aurat oleh PUJMAC dan Kayuhbeb. Dengan menery ( kata asal try ) trail ni dapat menambahkan skill yg mungkin masih kurang.

1.0 Berikut adalah kaedah pangangkutan yang akan bertolak dari Redflag Jitra :

Insyaallah saya menyediakan 2 buah kenderaan iaitu :

a) Toyota FortuneR
Semua 8 bike akan dibawa dalam kereta ni ( 3 atas & 5 dalam ).
Comels dan Zalmi akan menaiki kereta ni.

b) Toyota Avanza
Sebanyak 6 rider lain akan menaiki kereta ni


2.0 Jadual Perjalanan :

17.12.2009 Khamis

6.30pm : berkumpul di Redflag Jitra dan memunggah bike.
8.00pm : bertolak ke KL
1.00am : dijangka sampai KL.


18.12.2009 Jumaat

8.00am : Kayuhan Bkt Kiara TTDI.
1.00pm : Solat Jumaat
3.00pm : Kayuhan PCP
7.00pm : Acara Bebas bak kupu kupu malam


19.12.2009 Sabtu

8.00am : Kayuhan FRIM
11.00am : Acara Bebas atau balik terus.


3.0 Anggaran Kos

Kos Transport : RM 280 x 2 : RM 560
Kos Tol : RM 120 x 2 : RM 240
Jumlah : RM 800/8rider
Kos Per Rider : RM 100.

Kos Penginapan : RM 250/night x 2 night : RM 500/8rider
Kos Per Rider : RM 62.50

Untuk memudahkan collection akan dibuat sebanyak RM 160/rider untuk trip 3h2m ini. Sekiranya kos ini tidak mencukupi maka konsep thong thong akan digunapakai.

Sila pastikan basikal dalam keadaan baik terutama taya, brek dan suspension.

Sila pastikan keselamatan masing masing kerana xtvt ini adalah atas dasar kerelaan sendiri. Harap Maklum.


SELAMAT MENCUBA TRAIL BARU.....HURAYYYYYY


se