Antara rider yang mai :
1. Abg Ron ( Event Manager : the best )
2. Edy NXT
3. Azhar NXT
4. Abg Din
5. Jem
6. Ai
7. Senu
8. Cikgu lutfi
9. Cikgu Mazli Perak
10. Amran
11. Alias
12. Lon
13. Edi perak
14. Bazli
15. yadi
16. ada sorang lagini lupa nama
17. Mat Satun ( Navigator/support car/translator )
Rider dari Perak
Bersatu semula selepas sesi pecutan otomatis di Sadao
Bersatu semula selepas sesi pecutan otomatis di Sadao
Mai Siam semua sedap.... Teh tarik ajaib lemak berkrim disukai ramai
Sepanjang perjalanan kami dari Danok ke Sonkla 95km, kami telah dihiburkan dengan pukulan angin yg kuat dari Siberia namun dingin. Teknik superman tak dapat membantu melawan tiupan angin ni speed dlm 18-19km/hr ja. Dahla tu kena climb pulak waduhh tijahh. Panaih lit lit lagi waduh mental kena kuat.
Waktu bersatu semula selepas terpisah di persimpangan dlm pekan Sonkla.
Lega rasanya dapat kena angin Laut Cina Selatan
Melelong gerek kena angin lintang
Bola golf bundle pun ada joi kat sini. Kat tepi pantai ni pekena somtam dgn makan buah memang stim. Buah kat sini semua manis, nenas bonzai manis dari ayaq tebu klu hempa nak tau. Buah pelam pulak nampak isi putih lagi tapi bila makan fuhhh... lemak.
Ni dia maskot kayuhan
Cikgu Mazli dgn Abg Din ( dia ambik gambar banyak sungguh )
Adik Zaim Bazli mai wakil dari Zaim
berehat di pantai Samila Sonkla Thailand. Makcik depan tu joi Somtam
Makan petang somtam dgn ayaq nyoq muda. Sapa tak tahan pedas takleh makan somtam nanti pedih rectum. Otot pencerut boleh luka
Pemandangan tasik dari bilik hotel. Pada waktu ni saya dan Alias berdua saja dalam bilik ni.
Pemandangan indah pelabuhan waktu pagi
Brakfast kat Songkla : terung ajaib, daging ajaib, telur itik masin ajaib pasai 2telur merah dalam satu telur lemak sungguh, telur dadar ajaib. Semua ajaib pasai sedap dan unik mana ada kat Semenanjung Malaysia macam ni. Tokey kedai ni orang Melayu Ipoh, kedai ni di lorong depan hotel Lake Inn. RM 5 temasuk minum ok la tu.
Naik feri ingatkan lama rupanya sat ja cross tasik ni
Cikgu Mazli, Ai gerek highend, Cikgu Lutfi dan Senu
Lepas turun feri minum pagi lagi layan sungguh kayuhan ni