Tuesday, March 23, 2010

Sunday, March 21, 2010

20.3.2010 : Burung Ciak Ciak

Veyrone melatu Norco tanpa batasan kemanusiaan, asyik dgn keempukannya. Sabtu 20.3.2010 adalah hari yg sangat dinantikan oleh Doha dan Veyrone umpama Uda dan Dara yg menantikan jawapan "sah" dan bersedia mengomoli bike park ini berulang kali.


Doha dok cucok Veyrone buat finance 20tahun dgn bank +_*&@#, sebulan RM 60+ja. Gerek dah relai utang tak habih lagi. Doha layan DH ja disebabkan kerosakan teknikal pada kasutnya maka jadilah dia seperti burung kiwi manakala Veyrone gila terbang bak burung Ciak Ciak.
Jamal juga mai dgn membawa generasi selepasnya. Jamal berulang kali menolak racun yang saya cuba berikan kepadanya walaupun pelawaan saya itu berhemah. Jamal hanya melihat rakan rakan lain melanggah racun dengan senyuman.
Wan Blitz pula seperti Don Juan dah berapa banyak frame telah dinodainya, pakai 2-3 kali dah nak tukar baru. Terbaru Scott Nitrous 20 dia baru pakai sekali kat Bukit Cermin dah nak jual. Ambik Makulu atau Kalula baru hulala.
Wadus sedaps sungguhs. Budak kat belakang tu baru beli Kona xc bike perasan lepas ni kena racun jenuhla pak dia. Tapi takpa, pak dia pun sama naik jugak boleh share.

Sunday, March 7, 2010

6.3.2010 : Titi

Minggu ni kerahan tenaga tak ramai pasai banyak yg pi ke Bkt Cermin DH Race. Yg ada cuma Lon, Jamal,Cikgu Lutfi,Zam dan Tandope "The Paparazi". Gambar yg jelas ini dicilok dari Tandope.
First time mencuba jump ni tak cukup speed nasib baik sempat landing jugak. Lepas ni bila siap titi yg sedang dibina rasa boleh dapat cukup speed kot.

Sedapppp.

Kpt Jamal menjadi tukang kayu membina titi yg akan menghubungkan silaturrahim.


Hampir siap titi yg akan menghubungkan dua kawasan iaitu XC dan freeride. Platform atas balak untuk freeride juga akan dibina. Tandope kusyuk skodeng melalui SLRnya





Tuesday, March 2, 2010

Bukit Wang Bike Park...awww

Kapt Jamal selaku mandur sedang melihat anak buah menyusun batu bagi menambahkan kenikmatan trail ni. Idea membuat trail di belakang Bkt Wang ni dipancutkan oleh Jamal yg acapkali trekking kawasan ni maka terbinalah trail yg seadanya.


Dari atas tight switchback ke kanan, klu terbabas pun tak pa pokok ada

Jamal menyusun batu dikawasan yg sempit lagi ketat ini.

Pandangan dari bawah keatas. Trail kawasan ni speed kurang tapi technical banyak ditambah kawasan ini berbatu.

Antara laluan yg baru dibuka dlm masa lebih kurang 1jam thanks to Alor Setar Street Bike Team.

Hasil sentuhan tangan Alor Setar Street Bike yg turut sama stim dgn idea Bike Park ni.

Wan Blitz sebagai model ramp lengkap berpakaian. Ketinggian ramp hampir sama dgn ketinggian bahagian uluran Wan. Lepasni dia layan Transition plak dah

Wadus cantik sungguh balak besar yg tumbang ni akan dijadikan platform utk freeriding. Terdapat satu lagi balak yg tumbang selari di tepi balak ni so kami nak buat bridge antara dua balak ni .....eee macam macam nak buat menarik sungguh.

Kat area bawah ni jenuh lompat ada yg rendah ada yg tinggi ada yg drop.









Monday, February 22, 2010

Bukit Cermin Pergi Bukit Wang Mendatang

6-7hb Mac ni bermulalah Bukit Cermin DH Race dan dengar gosip mengatakan inilah kali terakhir manusia dapat melihat trek yg cantik ini akan pupus buat selamanya. Walaupun dinosour telah pupus tapi kita masih boleh tgk fosil atau tulangnya tapi trek ni akan kekal dlm WEB. Siapalah kita nak melawan "establishment". Tumbangkan pokok, tarahkan bukit, kurangkan O2 demi kemajuan negara!!!!.
Tujuan kami membina trek di Bukit Wang ni adalah teruja dgn binaan trek terutama di Lembah Klang terutama Kiara, PCP, FRIM dan Bkt Cermin ( belum try ). Selain tu dapatlah kami jimat budget takyah belanja banyak ke KL semata mata nak layan DH. maklumlah belanja travelling dlm Malaysia ni tinggi ( transport pergi balik Alor Setar-KL $ 400 ).

Di bahagian bawah trek ni ada kawasan yg almost flat so kami bercadang nak buat area utk Freeride seperti gambar diatas wakil Alor Setar Street Bike membuat ramp utk terbang bagaikan burung ciak rumah.
Terdapat juga balak ( besar sungguh ) yg tumbang di kawasan ni so kami bercadang nak buat platform atas balak tersebut utk practice balancing technical sungguh ....alah macam dlm youtube tu la. Idea dah ada cuma lani masa untuk merealisasikan ja. Sapa sapa ada idea amat dialukan.


Antara trail yg telah dibersihkan perlu di cut slope

Selekoh ni boleh dibuat berm ala velodrome

Canteek

Art sama sama menghulurkan tenaga menjayakan trail ni


Pandangan dari bawah keatas banyak roots kat area ni....cun

Drop akar banyak macam tangga. Di hujung bawah tu belok kekiri pukul 10 terus junam banyak drop akar fuh laju celah pokok.

Pandangan dekat.



Pandangan dari bawah keatas banyak drop akar

Pandangan dari atas ke bawah ( Art selaku model ) junam laju terus celah pokok

Ni dia .....jangan buang, best ni

Dihujung trail yg laju ni boleh buat ramp terbang across parit besar ....wow hulala

Very tight... just to maintain the tree

Akar nala punya besar dibiarkan sebagai drop. sebelah kiri tu untuk chicken run. ( gambar diambil dari bawah )

Drop ni lebih kurang 2kaki disebabkan selepas drop ni tanah slop turun menyebabkan landing mencapai 10-15 kaki.....wow hulala



































21.2.2010 : Sri Iskantar MTB Exploration


Kali ni tak bercadang pun nak ambil gambar pasai member lain punya kamera lagi sakan setakat pakai camera phone mana boleh celen dgn Adi dgn Tandop. Gambar diatas dicilok dari Adi.
Sebenarnya dah lama saya tak kayuh xc rasanya dekat sebulan. Lani sibuk buat trek dgn main DH. Serba sedikit mengenai Jamboree ni :
Jarak : 50km xc/am
CP : 5
Start : 7.40am Finish 2pm ( paling lewat dlm sejarah hidupku )
Kami sampai Sri Iskandar dlm pukul 8pm terus pi ambil goodies tapi malangnya Jersey takdak.
Bermalam di rumah Cikgu Madzli di Manong, Terima Kasih kerana menyediakan penginapan dan dinner.
Jamboree kali ni saya boleh katakan berjaya kerana trek yg mencabar banyak climb. Water station mencukupi, 100plus pun ada malah buat pertama sekali apple diberikan ( rasanya sebijik pun dekat 80 sen ). Lepas makan epal tenaga melonjak tapi tak lama pasai climb banyak ditambah dengan cuaca yg panas.
Saya berpuashati dgn jamboree ni pasai trek mencabar, ayaq cukup cuma stamina saya sendiri yg kurang pasaitu habis 2pm atau mungkin distance lebih sesuai 40km ja. TERIMA KASIH PENGANJUR dan Cikgu Madzli




Wednesday, February 17, 2010

Bukit Wang Bike Park In The Making

Ni dia hero dgn cap Monster Energy yg dicemburui ramai pasai cap ni canteek.

Inilah sebahagian trek segera yg sempat disiapkan dlm masa 2jam boleh buat dekat 100m. Waktu buat trek ni kami try meminimakan potong pokok itupun yg kecil kecil ja. Bentuk geografi asal terrain juga dimanipulasi.

Saya mencuba jump yg menggunakan bongolan tanah semulajadi.

Tanpa dirancang saya berjaya terjatuhkan diri akibat paddle tersangkut pada akar yg terjuntai dari tanah, nasib baik cuma luka kecil saja.

Yuz yang kehidupan harian dia langsung tiada kaitan dgn mtb first time try Norco melompat dengan jayanya bonggolan tanah asal yg di modified supaya lebih smooth.

Wan Blitz dgn helmet fullface halimunan dgn gayanya separuh bogel mengjump dgn jayanya.


Man Kona dgn cap Rockstar mencuba Comencal Supreme DH

Jamal dgn rela membenarkan dirinya diracuni oleh Norco dan nampak riak muka seolah berhajat nak memiliki racun tersebut atau racun lain yg lebih hebat.

I say jump go ahead and jump ( Van Halen )

Yuz tiada kaitan dgn dunia mtb sanggup berpeluh membina trek ni. Thanks bro

Kepuasan multiple orgasm

Wan Blitz dgn helmet fullface mencuba jump dgn Supreme DH tapi dgn jersey separuh bogel lagi

Man tuan punya Supreme DH

Nasir Alor Setar Street Bike ciwik layan jump/drop

Adik Cikgu Lutfi pun membantu membina trek ni. Trek ni ada banyak root garden dan drop

Kamarul dan Man Kona membuat switch back. Selepas buat dan try baru tau single track ni agak sempit so lepas ni kena modified lagi

Antara jurutera yg terlibat dlm pembinaan trek. Pokok pokok asal sedaya upaya cuba dielakkan. Bila ramai senang dan cepat sebab 2 orang kat depan buat marking, 2 orang lagi clearing, 2 lagi sapu so sekali jalan ja dah siap.

Wan, Yuz, Putra,Jamal,Nasir,Kamarul,Man Kona dan Lon

Section banyak root garden dan drop disebabkan akar fuh technical

Putra melayan akar

Berjaya melepasi beberapa siri drop akar yg berselirat kat belakang tu macam tangga

Putra juga merelakan dirinya diracuni oleh Norco dan asyik diulit oleh keempukannya