- Malam sebelum jamboree waktu kami hendak ambik goodies pun dah nampak kelemahan.
- Jersey untuk saiz L keatas takdak. Dahla tu boleh ditutup kaunter, sepatutnya kaunter dibuka la bagi ajk bergilir bagi goodies. Bayangkan rider yg mai dari jauh sampai tgk kaunter tutup kena chau lepas tu kena mai lagi.
- Start pun buat silap lagi. Kata 7.30am akan di flag off oleh YAB MB. tapi sampai dekat 8am pun dok meloko lagi ...bila semua rider hingaq baru depa bunyi sangkakala secara terpaksa melepaskan rider.
Monday, December 28, 2009
Kawat09 : TOLONG! TOLONG!...AYAQ! AYAQ!....Ahh TQ Nyonya
Tuesday, December 15, 2009
TRIP TO KL WITH REDFLAG, TRM, ODD &.....
1.0 Berikut adalah kaedah pangangkutan yang akan bertolak dari Redflag Jitra :
Insyaallah saya menyediakan 2 buah kenderaan iaitu :
a) Toyota FortuneR
Semua 8 bike akan dibawa dalam kereta ni ( 3 atas & 5 dalam ).
Comels dan Zalmi akan menaiki kereta ni.
b) Toyota Avanza
Sebanyak 6 rider lain akan menaiki kereta ni
2.0 Jadual Perjalanan :
17.12.2009 Khamis
6.30pm : berkumpul di Redflag Jitra dan memunggah bike.
8.00pm : bertolak ke KL
1.00am : dijangka sampai KL.
18.12.2009 Jumaat
8.00am : Kayuhan Bkt Kiara TTDI.
1.00pm : Solat Jumaat
3.00pm : Kayuhan PCP
7.00pm : Acara Bebas bak kupu kupu malam
19.12.2009 Sabtu
8.00am : Kayuhan FRIM
11.00am : Acara Bebas atau balik terus.
3.0 Anggaran Kos
Kos Transport : RM 280 x 2 : RM 560
Kos Tol : RM 120 x 2 : RM 240
Jumlah : RM 800/8rider
Kos Per Rider : RM 100.
Kos Penginapan : RM 250/night x 2 night : RM 500/8rider
Kos Per Rider : RM 62.50
Untuk memudahkan collection akan dibuat sebanyak RM 160/rider untuk trip 3h2m ini. Sekiranya kos ini tidak mencukupi maka konsep thong thong akan digunapakai.
Sila pastikan basikal dalam keadaan baik terutama taya, brek dan suspension.
Sila pastikan keselamatan masing masing kerana xtvt ini adalah atas dasar kerelaan sendiri. Harap Maklum.
SELAMAT MENCUBA TRAIL BARU.....HURAYYYYYY
se
Monday, December 14, 2009
11-12.12.2009 : Songkla ....Uu la la la
Kayuhan Songkla ni atas inisiatif Abg Ron Perlis MTB dan telah mendapat sambutan ramai rider. Saya pada saat akhir bagitau kat Abg Jem dan Ai mungkin saya tak dapat join pasai telalu sibuk. Tapi memandangkan telah berjanji maka saya kotakan juga janji tu.Antara rider yang mai :
1. Abg Ron ( Event Manager : the best )
2. Edy NXT
3. Azhar NXT
4. Abg Din
5. Jem
6. Ai
7. Senu
8. Cikgu lutfi
9. Cikgu Mazli Perak
10. Amran
11. Alias
12. Lon
13. Edi perak
14. Bazli
15. yadi
16. ada sorang lagini lupa nama
17. Mat Satun ( Navigator/support car/translator )
Rider dari Perak
Bersatu semula selepas sesi pecutan otomatis di Sadao
Mai Siam semua sedap.... Teh tarik ajaib lemak berkrim disukai ramai
Sepanjang perjalanan kami dari Danok ke Sonkla 95km, kami telah dihiburkan dengan pukulan angin yg kuat dari Siberia namun dingin. Teknik superman tak dapat membantu melawan tiupan angin ni speed dlm 18-19km/hr ja. Dahla tu kena climb pulak waduhh tijahh. Panaih lit lit lagi waduh mental kena kuat.
Waktu bersatu semula selepas terpisah di persimpangan dlm pekan Sonkla.
Lega rasanya dapat kena angin Laut Cina Selatan
Melelong gerek kena angin lintang
Bola golf bundle pun ada joi kat sini. Kat tepi pantai ni pekena somtam dgn makan buah memang stim. Buah kat sini semua manis, nenas bonzai manis dari ayaq tebu klu hempa nak tau. Buah pelam pulak nampak isi putih lagi tapi bila makan fuhhh... lemak.
Ni dia maskot kayuhan
Cikgu Mazli dgn Abg Din ( dia ambik gambar banyak sungguh )
Adik Zaim Bazli mai wakil dari Zaim
berehat di pantai Samila Sonkla Thailand. Makcik depan tu joi Somtam
Makan petang somtam dgn ayaq nyoq muda. Sapa tak tahan pedas takleh makan somtam nanti pedih rectum. Otot pencerut boleh luka
Pemandangan tasik dari bilik hotel. Pada waktu ni saya dan Alias berdua saja dalam bilik ni.
Pemandangan indah pelabuhan waktu pagi
Brakfast kat Songkla : terung ajaib, daging ajaib, telur itik masin ajaib pasai 2telur merah dalam satu telur lemak sungguh, telur dadar ajaib. Semua ajaib pasai sedap dan unik mana ada kat Semenanjung Malaysia macam ni. Tokey kedai ni orang Melayu Ipoh, kedai ni di lorong depan hotel Lake Inn. RM 5 temasuk minum ok la tu.
Naik feri ingatkan lama rupanya sat ja cross tasik ni
Cikgu Mazli, Ai gerek highend, Cikgu Lutfi dan Senu
Lepas turun feri minum pagi lagi layan sungguh kayuhan niThursday, December 10, 2009
8.12.2009 : Jom Melepak Dekat BU8
Ish cantik bangunan ni. Insyaallah Nanti 18-19.12.2009 trip KL ni kita boleh lepak kat sini pulak
Wan a.k.a Blitz melayan Toffe Nut Frapucinno Ice Blended Grande with cream RM 15 .....nice. Lepas tu pekena pulak Auntie Ann Pretzel almond...hulala
Saya pi KL sebab ada urusan dengan lawyer. Habih urusan apalagi meronda kedai gerek la. Ni dia Enduro Ceramic Bearing yg dioder melalui Sdr Adi direct from US. Bearing ni untuk hub Spinergi Xyclone Disc saya. Selepas dipasang oleh Leong KSH TTDI wheelset saya berpusing sewenang wenangnya tanpa menunjukkan tanda tanda nak berenti dlm waktu terdekat... berbaloi sungguh. Thank You Adi.....6.12.2009 : "Kayuh Lasak"
Tuesday, December 1, 2009
1.12.2009 : Senarai Terkini Rider Tegar Trip Kayuhan Di KL
1. Lon
2. Abg Jem
3. Abg Ai
4. Comelsss
5. Wan Blitz
6. Nasir Santa Cruz ( PCP ja )
7. Odd ( FRIM ja )
8. Zalmi. .
9. Zankx
10. Dikman MPK
11. Geng Gerek Gunung ?
Estimated : RM 160/head for Transport & Penginapan 3H2M
Transport adalah berdasarkan thong thong. Anggaran minyak + tol : RM 230 + RM 120 = RM RM 350/ car ( ini adalah anggaran saja ).
Kos Homestay 2 malam : RM 500
Cost lepak kat BU8 : Caramel Machiato tall with cream RM 15/cup, Toffe Nut Frapucinno Grande iceblended RM 20/ glass, Tiramisu cheese cake RM 9/slice. ( anggaran saja )
Cost lunch di Nandos : Quarter chicken + 2 sides lines ( salad, coleslaw ) + chicken and portroll + hot cafe latte : RM 25/head.
Cost minum petang di Delifrance : Tahiti pizza + cafe latte + Gratin mussels : RM 20/head.
Cost snacks : Famous Amous double chocs cookies RM 9/100gm. Auntie Ann pretzel RM 6/no ( anggaran saja ).
Breakfast : Nasi lemak bungkus RM 1.50/no ( mahainya )











